Pages

Saturday, February 26, 2011

jodoh terindah..

Suatu petang yang damai, Ali berjalan-jalan di sebuah lorong yang sangat panjang.. Mengembara mencari sebuah destinasi, namun semakin jauh kaki melangkah, destinasi yang ingin di tuju menjadi kian kabur..

Kadang-kadang Ali terjatuh, kadang-kadang Ali tergelincir, kadang-kadang Ali tersesat, kadang-kadang Ali berlari, kadang-kadang Ali mendaki bukit, kadang-kadang Ali menuruni lembah.. Suatu pengembaraan yang sangat jauh.. Dan dia tidak tahu apa yang bakal menantinya di hadapan.. Hasbunallahuwanikmalwakil.. Bismillahitawakkaltualallah, wala haula wala kuwwatailla billah..

Ketika sedang mengembara, Ali akhirnya tiba pada persinggahan pertama, di situ, Ali bertemu dengan seorang lelaki yang sedang kelihatan muram.. Ali singgah lalu memberanikan diri untuk bertanya..

"Saudara, kenapa saudara bersedih?" Ali bertanya.. Suasana sepi seketika.. Masing-masing diam melayani perasaan.. Tiba-tiba lelaki itu menangis.. Ali menjadi serba salah, dia ingin segera berlalu pergi.. Belum sempat dia mengatur langkah, lelaki itu tiba-tiba bersuara..

"Suatu masa dulu, aku mempunyai seekor rama-rama yang sangat cantik, kepaknya berwarna warni, aku bahagia setiap kali melihat dia mengibarkan kepaknya, indah sekali.." Lelaki itu mula bercerita, wajahnya yang suram sekejap tadi kelihatan berseri seketika, seolah-olah sedang menggambarkan keindahan rama-rama miliknya itu.. Namun, sebaik sahaja selesai berkata-kata, wajahnya kembali suram.. Dia kembali murung..

"Sayangnya rama-rama itu sudah tiada.. kerana terlalu mencintai rama-rama itu, aku telah memegang sayapnya terlalu erat, dan akhirnya aku telah mematahkan sayapnya yang indah itu.. dia menderita kesakitan kerana aku.. akhirnya dia mati dan meninggalkan aku sendirian.." Lelaki itu menyambung kata-katanya, di hujung ceritanya itu, dia menangis semahu-mahunya.. Tangisan seorang lelaki yang sarat dengan penyesalan.. Beberapa minit menemani lelaki itu, Ali akhirnya meminta diri untuk meneruskan perjalanannya..

Sampai di persinggahan ke dua, Ali melihat seorang lelaki sedang duduk termenung.. angannya jauh entah ke mana.. Ali berasa pelik lalu terdetik untuk bertanya.. Ali menghampiri lelaki itu, beberapa ketika berbasa-basi, Ali kemudianya menanyakan hasrat hatinya, dia ingin tahu kenapa lelaki itu sedang duduk termenung..

"Maafkan saya, boleh saya tahu kenapa saudara duduk termenung sendirian di sini?? seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.." Ali mengajukan soalan.. Pemuda di hadapannya membalas renungan matanya.. Lama dia membisu, namun akhirnya dia memulakan cerita..

"Ibu bapa aku berpesan kepada aku agar aku merentasi sebuah taman yang indah, meminta aku agar memilih bunga yang paling cantik dan tunjukan kepada mereka.. Aku juga tidak dibenarkan untuk berpatah balik atau menoleh ke belakang.." Pemuda itu bersuara seakan-akan berbisik.. Dia seolah-olah sudah tidak punyai semangat untuk meneruskan kata-katanya.. Suasana sepi beberapa ketika.. Kemudian pemuda itu kembali menyambung ceritanya..

"Ketika meredah taman itu, aku terjumpa bunga yang cantik.. tapi aku sangka bunga di hadapan pasti lebih cantik lalu aku biarkan bunga itu, begitulah seterusnya hingga akhirnya, bila aku tiba di hujung taman, aku tidak dapat memilih mana-mana bunga kerana aku rasakan bunga yang paling cantik adalah bunga yang pertama aku temui, tapi aku tidak dibenarkan untuk menoleh ke belakang lagi.. aku menyesal kerana tidak memilihnya terlebih awal, aku menyesal kerana tidak menghargainya.. kini aku tidak punyai apa-apa.." begitulah cerita pemuda itu.. Ali mendengar penuh teliti.. Terbit rasa simpati di hatinya.. Namun Ali juga tidak dapat berbuat apa-apa, nasi sudah menjadi bubur.. Setelah bersalam-salaman, Ali sekali lagi meminta diri, perjalanannya harus di teruskan..

Ali meneruskan lagi perjalanannya.. tiba di satu persinggahan, Ali bertemu pula seorang lelaki yang kelihatan sedang mencari-cari sesuatu.. Matanya melilau ke kanan ke kiri, ke depan dan ke belakang.. Dia mencari sesuatu.. Ali simpati lalu cuba menghampiri, manalah tahu sekiranya dia dapat menghulurkan bantuan..

"Abang cari apa?" Ali kemudiannya bertanya kepada lelaki itu..
"Burung aku, burung aku yang cantik, aku sayang dia, aku kasihan melihat dia terkurung lalu aku bukakan pintu sangkarnya.. sayangnya, sebaik saja aku membuka pintu, dia pergi tinggalkan aku di sini, aku perlukan dia, aku sayang dia, aku mahu dia kembali, tapi dia sudah pergi jauh.." Lelaki itu menceritakan serba ringkas.. Ali mengerti bahawa tiada apa yang dapat di bantu kerana burung itu sudah terbang jauh.. Sebelum berlalu, Ali sempat berpesan kepada lelaki itu supaya tabah mengharungi dugaan hidup.. Lelaki itu sekadar menganggukan kepalanya, namun tidak sempat beberapa minit kemudiannya, dia kembali mencari-cari burung kesayangannya itu.. Ali benar-benar kasihan melihatnya.. Namun perjalanan harus diteruskan..

Setelah beberapa ketika meneruskan perjalanan, Ali berasa penat dan ingin berhenti berehat.. Di perhentian kali ini.. Ali ternampak seorang lelaki sedang menutup mukanya dengan kedua belah tangannya, lelaki itu menangis.. Ali berasa pelik, sungguh jarang lelaki menangis, lelaki itu menangis pasti kerana ujiannya bukan sedikit.. Sekali lagi Ali menghampiri lelaki itu.. Mulanya, Ali tidak berani bersuara, takut mengeruhkan lagi suasana.. Ali sekadar membatukan diri, menanti masa yang sesuai untuk bertanya..

Namun belum sempat Ali bertanya, tiba-tiba lelaki di sebelahnya menyapanya..

"Kau pasti hairan melihat aku menangis bukan?" Lelaki itu memulakan kata-katanya.. Ali sekadar menganggukan kepalanya..

"Dahulu, aku dan wanita saling mencintai.. Kami hidup bahagia bersama.. Namun suatu hari, terjadi perselisihan faham antara kami, lalu aku secara tidak sengaja berkata kepada wanita, aku katakan bahawa dia bukan tulang rusukku.." Kata-kata lelaki itu tersekat-sekat dan terhenti di situ.. pipinya masih basah..

"Kata-kata aku itu telah membuat wanita sedih dan kecewa, dia pergi meninggalkan aku, doakan agar aku dapat ketemu tulang rusukku.. bertahun kami terpisah, akhirnya kami dipertemukan lagi, aku dan dia masih lagi tidak ketemui tulang rusuk masing-masing.. malangnya, setelah bertemu semula, dia akhirnya pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya.. dadaku terasa sakit yang amat sakit.. kini baru aku sedar bahawa dialah tulang rusukku, namun semuanya sudah terlambat.. dia sudah tiada lagi.." begitulah kisah lelaki itu.. Kisah yang benar-benar menyentuh hati.. Ali juga turut merasa simpati.. Ali cuba memujuk sekadar temampu namun lelaki itu tetap juga hanyut di ombak duka.. Tangisan penuh kekesalan..

Begitulah kehidupan ini.. kita mencari jodoh terbaik kita, mencari dan mencari hingga kadang-kadang kita tidak sedar ia mungkin sudah ada di hadapan kita.. Kita mungkin lupa untuk bersyukur, lupa untuk menghargai apa yang kita miliki, sehinggalah bila ia bukan lagi milik kita, barulah kita menangisi kehilangannya..

Tidak semua orang bertuah, tidak semua orang memiliki apa yang di kehendakinya.. Mungkin apa yang menjadi milik kita tidak secantik atau seindah milik orang lain, namun sekiranya kita bersyukur dan tahu menghargai, percayalah, mungkin itulah anugerah yang terindah buat kita..

Thursday, February 24, 2011

wanita dan masjid..

~ credit to pakcik google ~

Secara umumnya, adalah lebih utama bg seseorang wanita solat dirumahnya.. Ini berdasarkn hadis riwayat Ummu Salamah bhw Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud;

"Sebaik2 masjid bg perempuan adalah kawasan dlm rumah2 mereka".
.
(Riwayat Ahmad, Nayl al-Authar)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda yg bermaksud;

"Seseorang wanita itu bersolat ditempat tidurnya lebih baik dr bersolat didlm biliknya.. Dia bersolat didlm biliknya lebih baik dari bersolat didalam rumahnya.. Dia bersolat didlm rumahnya lebih baik dr bersolat dimasjid"..
(Riwayat Baihaqi dan disahihkn oleh al-Albani)

Namun TIDAK ADA LARANGAN utk kaum wanita pergi ke masjid apatah lagi utk mngikuti pengajian ilmu, mndengar ceramah dn sebagainya berdasarkn sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud;

"Apabila isteri2 kamu memohon izin utk ke masjid pd waktu mlm, hendaklah kamu izinkn"..
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maksud sabda baginda s.a.w. lagi:

"Jgnlah kamu menghalangi hamba Allah yg perempuan drpd pergi ke masjid Allah, dn hendaklah mereka keluar dgn tidak memakai bau-bauan"..
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Menurut Dr. Soleh Fauzan, seorang ulama Saudi semasa ditnya mengenai hukum wanita ke masjid telah mndatangkn beberapa dalil yg mengHARUSknnya..

Antaranya ialah sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud;
"Sebaik2 saf bagi kaum lelaki ialah dihadapan dn seburuk-buruknya ialah dibelakang.. Manakala sebaik2 saf kaum wanita ialah dibelakang dn seburuk2nya ialah dihadapan..
(Riwayat Muslim, Abu Daud dn Tirmizi)

Hadis ini menunjukkan Nabi s.a.w. kpd kaum muslimin ketika mengatur saf didlm solat berjemaah.. Sekiranya wanita dilarang utk ke masjid, apakah gunanya Nabi s.a.w. mmberikan petunjuk mengenai saf wanita tersebut?

Sekiranya, wanita ke masjid dibimbangi berlaku fitnah, kenapakah dlm masa yg sama wanita dibenarkn utk ke pejabat, pasaraya, pasar mlm, taman2, hospital, pusat pengajian dn sebagainya.. Apakah tempat2 tersebut tidak ada fitnah sebagaimana kononnya berlaku di masjid?

Dn berikut adalah hukum dan batas2 yg wajib dipelihara sekiranya seseorang wanita itu ingin ke masjid/surau :-

~ Hukum harus bg yg tua..
~ Hukum makhruh bg yg muda..
~ Mengikut pndapat ulamak yg mutakhir (terkini) makhruh jemaah wanita dimasjid, termasuk;
solat jumaat, sunat Hari Raya dan ceramah mlm hari dimasjid.
.
~ Ulama Shafie & Hambali pula berkata;
"Wanita yg cantik (ada rupa) makhruh hadir pd majlis yg ada (jemaah) ramai lelaki"..
~ Tidak memakai bau-bauan dn mndpt izin suami..
~ Dibimbangi timbul fitnah; ( maka; peliharalah aurat)..

Perjalanan utk menuntut ilmu atau bersolat jemaah adalah suatu perkara yg amat baik disisi Allah, namun masih ramai muslimat yg tidak mnjaga batas aurat spt yg dituntut oleh syarak.. perkara ini boleh mndatangkn fitnah buat mereka..

Kesimpulannya, wanita seharusnya dibenarkn ke masjid sekiranya mereka berkeinginan dgn syarat mereka mnjaga batasan syarak dn dgn niat yg ikhlas krn Allah SWT..

p/s : Sekiranya terdapat kesilapan sila betulkn/berikan tunjuk ajar, krn tiap kelalaian dn kesilapan itu dr sy dn yg baik itu semuanya milik Allah..

Sama2lah kita renungkn dn saling berkongsi ilmu utk kebaikan.. - wallahu'alam

Tuesday, February 22, 2011

Makan.. Guna tgn??

Korang makan pakai apa??
Tangan?? Sudu dan Garfu?? Chopstick?? atau Kaki??
(Erk ada ke org mkn pkai kaki?? tak de kot.. pandai2 je.. )


~ credit to pakcik google ~

Setiap bangsa kat dunia ni ada budaya dan cara mereka yang tersendiri.. Makan ni satu perkara yang wajib dalam hidup.. Semua bangsa makan.. Jadi, makan pon merupakan satu budaya.. Setiap bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana cara mereka makan..

Contohnya orang cina.. Dorang makan pakai kayu (chopstick).. Orang barat pulak makan pakai sudu dan garfu.. Mesti ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara tu kan.. Orang melayu makan pakai tangan.. Tapi kenapa ye?? Apa rasional nye orang melayu makan pakai tangan ni??

Soalan ni dijawab dengan mudah pada akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin.. Perkara ni diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor masa tu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes..

Pada suatu hari, Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba2 bangun menuju ke arah paip dan membasuh tangannya.. Tanpa peduli dekat orang lain yang semua nya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan menggunakan tangan!!

Telatah Tengku Kudin diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya.. Mereka tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu dan lantas wanita tersebut bertanya :

'' kenapa anda makan dengan tangan??
Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan?? "

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain.. Katanya:

" Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab :

Pertama : Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya bukan org lain.. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh org lain yang belum tentu cukup bersih..

Kedua : Saya yakin tangan saya lebih bersih keran tangan saya hanya saya seorang saja yg guna.. tidak pernah dipinjam oleh orang lain.. sedangkan sudu dan garfu itu ramai yg pernah menggunakannya..

Ketiga : Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tak pernah jatuh longkang!!

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua org yang mendengar terlopong.. Kalau sebelum ini ada antara mereka yg tersenyum sinis melihat Tengku Kudin tp selepas itu masing2 mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut..

MORAL OF THE STORY : KITA JGN MENGHINA ATAU MEMANDANG JIJIK PERLAKUAN ORG YG BERLAINAN DGN BUDAYA KITA.. MASING2 ADA RASIONALNYA KENAPA MEREKA BERBUAT BEGITU..

Sunday, February 20, 2011

Faceblog.. Jom la join..

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG.. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA..

MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA.. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK..

SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA..
TERIMA KASIH..


Edit

Friday, February 18, 2011

10 pesanan imam syafie..


Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya.. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1- Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yang ada..

2- Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal, mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH..

3- Hak kpd kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi..

4- Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati..

5- Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan..

6- Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah..

7- Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak..

8- Hak kpd Ridhzuan(malaikat penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat..

9- Hak kpd Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH..

10- Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan..

Berprestasi dalam Redha Ilahi..

Thursday, February 17, 2011

SUSAH atau UNTUNG menjadi wanita islam??

credit to pakcik google

Ada kaum wanita berkata.. “susah menjadi wanita ISLAM”..
Mana tak nye?? Tgk peraturan kat bawah ini:


1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki..

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila nak keluar rumah tetapi tidak sebaliknya..

3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki..

4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki..

5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak..

6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya..

7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri..

8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki..


PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??

Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik.. Mesti intan permata tidak akan dibiarkan berselerak kan? Betul tak?? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.. (ops.. terkasar sikit..)

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya.. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya..

Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya..

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid..

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:

Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya..

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:

Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya..

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :

Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya..

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata..

Hmm.. Sekarang sedar tak betapa untung nye kita dilahirkan sebagai
WANITA ISLAM..

Wednesday, February 16, 2011

9 jenis anak syaitan..

Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu..

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah..

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama..

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol.. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras)..

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc..

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut..

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita.. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi)..

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan
ibadat-ibadat kita yg lain..

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari..

Tuesday, February 15, 2011

utk 18 tahun & ke atas sahaja..

artikel ni sha dapat dari lecturer sha..
nak share dengan semua..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai..

Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa..

Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah.. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah.. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat.. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat..

Dipendekkan cerita, along sebenarnya nak meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah.. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam nie.. along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang.. along nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama.. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH..

Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend.. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut.. Perkara ini haram di sisi Islam.. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah..

along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam.. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina.. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta.. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend).. Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya.. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan.. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu.. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut..

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin.. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan.. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat..

Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa.. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat.. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa.. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam.. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW.. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk..

Mengenai calon, along takde lagi.. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia.. along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri.. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along..

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti.. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata.. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu.. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun..

Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah.. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’.. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu.. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada.. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal..

Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’.. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa.. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah.. Sekarang pilihan di tangan kita..

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini.. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit.. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya.. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami..

Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga.. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).. Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami.. Mak akan terima juga.. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami.. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami..

Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini.. Mak dan ayah jgn risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along.. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak along tangguh dulu.. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa..

along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun.. along cadang pun gitu juga.. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri.. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit.. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat..

Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah.. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH.. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan.. Tua pun mati, yang muda pun mati).. along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini..

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW.. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti.. Punca maksiat ada di mana-mana.. along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul..

along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga.. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah.. InsyaALLAH dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam..

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini.. along nak mak dan ayah terima surat ini sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar.. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua.. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun)..

Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini.. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.. along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka..

Kalau boleh jgn bagitau abg azmi dan kakak saudara yg lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor.. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka.. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan.. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah.. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti..

Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat.. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor..

Sunday, February 13, 2011

Valentine.. Sambut ke??


Apa istimewanya tanggal 14 Februari? Ia disambut dengan penuh kegembiraan oleh sebilangan besar rakyat dunia pada masa kini.. Saban tahun, ramai tertunggu-tunggu akan tibanya tarikh tersebut.. Kononnya ia adalah hari kekasih yang mana merupakan detik yang tepat buat pasangan yang hangat bercinta meluahkan rasa kasih dan cinta sesama mereka.. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun, asalkan hasrat hati mereka tercapai..

Jika diperhatikan, budaya menyambut hari kekasih ini sudah mendapat tempat dan begitu popular dalam kalangan masyarakat kita termasuklah yang beragama Islam.. Ia lebih tertumpu kepada golongan remaja biarpun ada dalam kalangan kita yang sudah berumahtangga sekalipun turut sama meraikan..

Menyimpang..


Hari kekasih begitu sinonim dengan pemberian hadiah berupa coklat dan bunga mawar merah.. Ia adalah lambang kasih sayang yang sangat istimewa yang diberikan.. Bunga mawar dipersembahkan dalam hiasan dan balutan yang cantik manakala coklat pula disampaikan dengan bentuk dan kotak yang menarik sama ada berbentuk hati dan sebagainya.. Tidak cukup dengan hadiah, ada yang meraikan dengan makan malam istimewa dan juga 'pembuktian' ketulusan cinta yang dibina.. Walaupun ia jauh sekali menyimpang daripada budaya dan syariat umat Islam, namun kerana nafsu, ia dikira 'halal'..

Hari kekasih langsung tidak ada dalam sejarah Islam.. Malah Islam sentiasa bersifat universal dan tidak dibatasi waktu, tempat,objek dan juga motif untuk menunjukkan kasih sayang.. Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Cintailah saudara se-Islam seperti kamu mencintai dirimu sendiri.." (Riwayat Bukhari)..
Jadi ikutan siapakah hari kekasih ini? Apabila kita leka, kita secara tidak langsung akan meminggirkan suruhan agama dan lebih kepada mengikut hawa nafsu dan mencari keseronokan hidup.. Tanpa kita sedar, rupanya kita menyambut hari pemujaan penganut kristian..

Asal-usul Hari Kekasih..

Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah yang diceritakan mengenai asal usul sambutan hari kekasih ini.. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka.. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya.. Walau apa pun, jelas sekali ia langsung tiada kaitan dengan hari kebesaran buat umat Islam untuk turut sama meraikannya..

Allah telah berpesan kepada hamba-Nya, amal buruk jangan dikerjakan tidak kira dalam apa jua bentuk kelakuan sekalipun tetapi manusia sering melakukan sebaliknya.. Apa-apa yang dilarang, itulah yang dibuatnya.. Sama ada disebabkan ceteknya ilmu agama atau kerana terlalu mengikut hawa nafsu, jawapannya ada pada diri sendiri.. Yang pasti, sambutan hari kekasih sudah menjadi trend dan mereka yang tidak meraikannya dipandang kolot dan 'out dated'..

Hakikatnya, sifat manusia ini lemah.. Mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang sengaja ingin memusnahkan dan melemahkan pegangan umat Islam.. Golongan yang tidak senang dengan kehebatan Islam cuba merosakkan budaya dan akidah walau dengan apa cara sekalipun.. Jika kita perhatikan, sebelum tiba tarikh 14 Februari, sebilangan besar media massa di seluruh dunia berlumba-lumba menyiarkan tentang kemeriahan menyambut hari kekasih, pasaraya dan pusat membeli belah pula membuat promosi besar-besaran dari segi hiasan, potongan harga dan juga tayangan filem-filem cinta bagi membesarkan lagi sambutan hari kasih sayang ini..

Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini.. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita malah memesongkan akidah.. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT..

Tiada istilah menyambutnya sekadar suka-suka.. Keterlibatan kita dengan sambutan hari kekasih yang jelas khusus untuk golongan kristian sudah dikira salah malah jatuh kepada perkara haram kerana menggalakkan pasangan berdua-duaan dan menyalurkan rasa kasih sayang diluar batas syariat.. Walau bagaimanapun, bagi yang sudah berkahwin, amat digalakkan berkasih sayang tetapi janganlah membesar-besarkan tarikh 14 Februari sebagai hari yang istimewa buat diri dan pasangan tetapi jadikan setiap hari adalah hari kekasih.. Selain memperolehi kebahagiaan, kita juga diberi ganjaran pahala di atas amal kebaikan yang dilakukan setiap hari..

Friday, February 11, 2011

9 situasi hukum islam..


nak berkongsi artikel yang sha dapat dari lecturer sha mengenai soal hukum..

..Situasi 1..


Andaikata berlaku situasi di mana masa untuk tengok anak bulan untuk menentukan bilakah kita akan start berpuasa, then mungkin ada masalah dari segi alat teleskop dan lain-lain so tak dapat tengok anak bulan TAPI disebabkan anda boleh nampak atau ternampak anak bulan even sekejap, so wajiblah untuk anda sorang start puasa awal sorang-sorang berbanding yang lain..

..Situasi 2..

Seorang anak dan ayah bertengkar dan sebab bapak dia bengang sangat dan cakap camni 'kau takkan dapat sesen pun harta pusaka aku!' then bila bapak dia mati, anak dia LAYAK dapat harta tu sebab dia adalah sabit nasab.. Dia berhak sebab dia adalah anak kepada bapak dia dan dia adalah keturunan yang sah even bapak dia cakap macam tu.. Melainkan dia bunuh ayah dia then dia tak layak dapat harta pusaka tu..

..Situasi 3..

Anda nak kahwin dengan seseorang dan lepas akad nikah yang sah, anda refuse tak mau buat takliq maka ia adalah tak berdosa.. Lafas takliq tu dibuat untuk elak benda-benda buruk macam isteri digantung tak bertali dan banyak lagi.. Ia lebih kepada pembelaan pada si isteri..

..Situasi 4..

Dalam ihram, anda tak boleh kahwin dan banyak lagi pantang larang tapi anda boleh meminang secara sindir..

..Situasi 5..

Katakanlah korang kononnya belajar oversea then mungkin diorang kat sana anti muslim bila tengok korang bertudung muslimah dan benci korang then decide untuk culik korang.. Lepas tu diorang paksa korang untuk mengaku kafir bukan atas relaan dan memang paksaan.. Maka korang pun atas dasar terpaksa mengaku la kafir.. Dalam islam ia adalah DIBOLEHKAN dan tak terbatal pun iman korang kerana ia adalah rukhsah (keringanan) untuk kita..

Sama juga if kita dipaksa buat jahat, kita masih lagi tak berdosa selagi ia atas dasar paksaan dan bukan kerelaan kita.. Hanya ada 2 paksaan yang tak boleh dalam islam iaitu membunuh orang lain.. Untuk membunuh orang lain untuk ditukar ganti dengan nyawa kita adalah HARAM.. 1 lagi ialah apabila melibatkan maruah.. Contohnya anda dipaksa untuk merogol orang dan automatik jadi haram sebab ia melibatkan maruah orang, ia adalah HARAM..

..Situasi 6..

Anda tak diwajibkan untuk bayar zakat bila anda mati sebelum tenggelam matahari pada hari terakhir Ramadhan.. Zakat tu dikira bila kita hidup sampai tenggelamnya matahari pada hari terakhir Ramadhan tersebut..

Macam kes bayi baru lahir pada malam raya pulak, dia WAJIB bayar zakat fitrah sebab dia hidup pada malam raya. Even dia adalah bayi yang baru hidup dan hanya tau menangis je tapi asalkan dia hidup di malam raya, wajib ke atasnya bayar zakat fitrah.

..Situasi 7..

Anda berada dalam hutan atas kem PALAPES selama seminggu lamanya.. Then macam biasa anda ambil wudhu kat sungai dan dah bersiap-siap dengan baju rasmi anda yang berlapis-lapis dengan but tebal tinggi gabak tu.. Lepas tu mungkin anda dengar ceramah sementara nak tunggu solat isya' then anda terkentut.. Dalam situasi macam ni, anda boleh ambil wudhu kali ke 2 dengan buat 'sapuan khuf' iaitu masa turn nak basuh kaki tu anda boleh sapu air atas but tadi je tak payah bukak but anda.. Ia juga dalam kategori rukhsah macam situasi 5..


..Situasi 8..

Suami memerintahkan pada si isteri untuk buat solat sunat dhuha dan memikirkan isteri kena patuh pada suami maka si isteri fikir yang if tak buat solat sunat itu adalah berdosa.. Sebenarnya tak berdosa sebab mana-mana hukum yang Allah sendiri dah tetapkan takkan sama hukumnya dengan manusia yang kononnya tetapkan.. Allah tetapkan solat dhuha tu sunat kan? So mana ada berdosa jika tak buat solat tu..

..Situasi 9..

Seorang ibu sedang mengandung dan ditakdirkan mungkin ada salah faham dengan seseorang dan pergaduhan pun berlaku dan orang tersebut telah tumbuk perut ibu tersebut maka nak dijadikan cerita dengan kuasa Tuhan, lahirlah bayi tu dan si ibu pula meninggal.. Maka bayi tu layak diberi pampasan kerana bayi tu hidup..


Wednesday, February 9, 2011

puteriku sayang..

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yg sudah dewasa, yg sedang bekerja diperantauan, yg ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri, yg sedang bersekolah atau kuliah jauh dr kedua orang tuanya.. mereka akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya.. Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon kita utk menanyakan keadaan kita setiap hari, tp tahukah kita, jika ternyata ayah la yg mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Mungkin dulu waktu kita kecil, ibu la yg lebih sering mengajak kita bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kita, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dgn wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabar kita dan apa yang kita lakukan seharian?

Pada saat diri kita masih seorang anak perempuan kecil.. Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal.. Dan setelah ayah mengganggap kita sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikal itu.. Kemudian Ibu bilang:"Jgn dulu ayahnya, jgn ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka..

Tapi sedarkah kita? Bahwa ayah dgn yakin akan membiarkan kita, menatap kita, dan menjaga kita mengayuh basikal dengan saksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya..

Pada saat kita menangis merengek meminta alat permainan yg baru, ibu menatap kita hiba.. Tetapi ayah akan mengatakan dgn tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tak sekarang".. Tahukah kita, ayah melakukan itu kerana ayah tak ingin kita menjadi anak yg manja dgn semua tuntutan yg selalu dapat dipenuhi..

Saat kita ditimpa sakit, ayah lah yg terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".. Berbeza dengan ibu yg memperhatikan dan menasihati kita dgn lembut.. Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaan kita..

Ketika kita dah beranjak muda remaja.. Kita mulai menuntut pd ayah utk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".. Tahukah kita, bahwa ayah melakukan itu untuk menjaga kita? Kerana bg ayah, kita adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga.. Setelah itu kita marah pd ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu..

Dan yg dtg mengetok pintu dan memujuk kita agar tak marah adalah ayah.. Tahukah kita, bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginan kita tp dia HARUS menjaga kita?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefon kita, atau bahkan dtg ke rumah untuk menemui kita, ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.. :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kita sedang berbual berdua di ruang tamu.. Sedarkah kita, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kita mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan utk keluar rumah untuk kita, kita akan memaksa utk melanggar jam malamnya.. Maka yg dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggu kita pulang dgn hati yg sangat khuatir dan bimbang.. Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut-larut, Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahi kita.. Sedarkah kita, bahwa ini kerana hal yang sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"..

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksa kita untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer.. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yg dilakukan ayah itu semata - mata hanya kerana memikirkan masa depan kita nanti.. tp ayah tetap tersenyum dan menyokong kita saat pilihan kita tidak sesuai dengan keinginan ayah..

Ketika kita menjadi gadis dewasa.. Dan kita harus pergi kuliah dikota lain.. ayah harus melepaskan kita di bandar.. Tahukah kita bahwa badan ayah terasa kaku untuk memeluk kita? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruh kita untuk berhati-hati.. Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memeluk kita erat-erat.. Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk bahu kita dan berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".. Ayah melakukan itu semua agar kita KUAT.. kuat untuk pergi dan menjadi dewasa..

Disaat kita kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupan kita, orang pertama yg mengerutkan kening adalah ayah.. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.. Ketika permintaan kita bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kita inginkan..

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".. Tahukah kita bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kita berjaya sebagai seorang sarjana.. Ayah adalah orang pertama yg berdiri dan memberi tepuk tangan untuk kita.. Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang".. Sampai saat seorang teman Lelaki kita datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambil kita darinya.. ayah akan sangat berhati-hati memberikan izin.. Kerana Ayah tahu.. Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti..

Dan akhirnya....
Saat ayah melihat kita duduk di kerusi pelamin bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia.. Apakah kita mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelamin sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa.. Dalam lirik doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik.. Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik.. Bahagiakanlah dia bersama suaminya.. rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"..

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk.. Dengan rambut yang telah dan semakin memutih.. Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita dari bahaya.. Ayah telah menyelesaikan tugasnya.. Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita.. Adalah org yang harus selalu terlihat kuat.. Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis.. Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.. Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..

banyak hal yang mungkin tidak bisa dikatakan Ayah / Bapak / Papi kita.. tapi setidaknya kini kita mengerti apa yang tersembunyi dibalik hatinya.. wallahu a'alam

Monday, February 7, 2011

Lewatkan solat.. Apa Kisahnya??


Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea.. Jika berpuasa,amalan kita direct terus padaNya.. Tapi Jika bersembahyang.. Ada posmen pula untuk hantar amalan kita
padaNya..

Kisahnya? Setiap kita ada malaikat.. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi.. Untuk sampaikan amalan kita,Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit.. Dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga..

Jika sembahyang di awal waktu tolnya "free".. Sekatan tol tiada.. Tiada "jem".. Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan untuk dinilaikan.. Tapi.. Jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga.. Tapi sekatannya.. MasyaAllah..

Di langit pertama.. Penjaga tol marahkan posmen kita.. Kenapa lewat poskan amalan kita.. Merayu-rayu posmen malaikat kita.. Minta diberi laluan.. Tetapi? penjaga langit pertama tidak heran.. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi.. Maka.. Jatuh berderai..
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita.. Satu persatu dikutip.. Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua..

Dilangit kedua.. Samalah juga.. Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan.. Merayu lagi kawan kita.. Tak dipedulinya, lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi.. Jatuh berderai lagi.. Dikutip satu persatu amalan kita.. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan di langit ketiga..

Dilangit ketiga, laaa.. Kena basuh lagi malaikat posmen kita.. Kenapa lewat hantar amalan tersebut.. Tiada kompromi.. Terus dibaling amalan kita.. Jatuh berderai amalan kita.. Tak ade nilai.. Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi.. Maka.. Tak sampailah amalan kita kepada Allah.. Seolah-olah kita tak sembahyang juga..

Maka? Bersedialah kita menerima pembalasannya.. Tak di dunia di akhirat pula.. Hilang duit, Hati risau, Ujian bertimpa-timpa.. Ish.. Tak berbaloikan kita buat amal.. Tapi tak sampai.. Dahlah tu.. tak de nilai.. Kena azab lagi nanti..

Ya Allah!!! Ampunkan kami.. Kerana lalai!! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.. Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu.. Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan.. Biarlah kami gawat di dunia.. Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.. Amin..

Sunday, February 6, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


Ni first time join segmen yang abg ben buat..
Segmen GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI..

Korang semua nak join tak??
kalau nak join klik banner tu k..

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT
MENULIS DAN MEMBACA BLOG !!

ANDA BAGAIMANA ??



Jom join.. Tarikh tutup :
.
.
9 Dec 2011 ---> tepat jam 6 ptg..

Saturday, February 5, 2011

Social ke sooo siall??


Social.. Atau dalam bahasa melayu nya soooo siaalll..
Ok.. Tak nak merepek panjang-panjang macam kacang panjang..
Straight to the KLCC.. Eh silap.. Straight to the topic..

Korang pon tau kan.. Gejala sosial ni apa.. Tak payah nak cakap la..
Bersepah kot sekarang ni.. Tak payah susah-susah nak cari jauh-jauh contoh sosial ni..
Korang tengok je la kiri kanan korang.. Bersepah..
Contoh macam kes buang bayi.. Pergaulan bebas.. Macam-macam..
Banyak orang tak ambik peduli pasal ni.. Selamba je buat benda tu, benda ni..
Padahal dah terang-terang tau kot benda tu berdosa.. tapi.. tak tau la kenapa orang tetap buat..

Sha tau sha pon tak la sempurna sangat.. Ada je lakukan kesilapan.. Sha pon tak terlepas dari melakukan dosa.. Tapi jangan la kita jemu berdoa agar allah ampunkan dosa kita.. Bertaubat.. Insyallah dosa kita diampunkan.. Selalu berdoa agar allah ampunkan dosa-dosa kita sama ada dosa yang kita sedar mahupun tak sedar atau dosa yang kita sengaja buat mahupun tak sengaja..

Kalau ingat balik ilmu agama yang kita belajar pasal tanda-tanda kiamat ni.. Perasan tak..
Tanda-tanda kecil kiamat macam :

- Merebaknya Perzinaan-

Dari Anas Radhiyallahu ‘Anhu berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda : ‘Sesungguhnya diantara tanda-tanda Kiamat adalah.., dan diantaranya ialah Merebaknya perzinaan’..

selain tu :

- Maraknya Pembunuhan-

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu berkata bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda : “Tidak akan datang hari Kiamat hingga banyak al-harj..” Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah al-harj itu?” Beliau menjawab, “Pembunuhan, pembunuhan..”

Berleluasa kot dua-dua benda tu.. Mula-mula bergaul bebas..
Lama-lama berzina.. Seronok tak ingat dunia..
Tiba masa dah pregnant baru nak gelabah.. Menangis la.. Macam bodoh je..
Pastu yang jadi MANGSA siapa?? Bayi yang tak berdosa tu la jadi mangsa..
Mula la buang bayi merata-rata.. Tong sampah.. Tepi longkang.. Banyak bayi yang meninggal..
Tak ke tu menyebabkan maraknye pembunuhan??
Tak cukup dosa berzina nak tambah lagi dosa membunuh..

Fikir-fikirkan la sebelum buat sesuatu tu.. Rasanya ilmu agama dalam diri kita dah cukup untuk buat kita fikir mana yang baik dan mana yang buruk.. Sentiasa la muhasabah diri.. Memang kita bukan manusia sempurna yang tak pernah lakukan kesilapan.. TAPI.. Kita manusia yang dikurniakan akal.. Gunakan la akal tu sebaik mungkin.. Panjatkan doa mohon keampunan dari Allah yang Maha Esa lagi Maha Penyayang..

PERINGATAN UNTUK SEMUA.. BERIBU KALI PERINGATAN UNTUK DIRI YANG TERAMAT HINA INI..

Friday, February 4, 2011

Terbaik.. Zine KakiBlogger #1..

ni nak bagitau korang semua..
Ingat tak dulu sha pernah buat sedikit review pendek pasal group2 blogger yang sha join kan..
Salah satu dari tu ialah kakiblogger.. Korang ingat tak?? [link]

Kalau korang nak tau group ni ada buat satu zine.. Zine yang pertama..
Tajuk zine tu ROKOK.. Artikel dalam zine tu semua adalah cetusan idea blogger2 group kakiblogger ni.. Serius sha cakap.. Memang best zine tu.. Sha sendiri dah baca..
Memang interesting sangat2..


Intro nye pon dah best yang membuatkan sha rasa nak terus sambung baca.. Tu baru intro dia je.. Belum lagi artikel2 kat dalam tu.. Ada lebih kurang 13 artikel dari 13 blogger yang hebat2..
So kalau korang nak baca, korang tak payah susah2 pergi merempit kat luar tu sebab nak cari zine ni coz memang tak jumpa punya..

senang je.. korang download la zine tu kat sini.. [link]
Hah.. Senang kan.. Kejap je download tu.. Tak lama pon..
Pejam celik dah siap download..
So selamat men''download'' dan selamat membaca..

Wednesday, February 2, 2011

tempat best.. nak tau mana??

ok.. pernah dgr broga hills?? siapa antara korang pernah pergi?? dekat area kajang..
erm.. kalau tak pernah pergi.. apa kata korg pergi.. nak tau sebab apa sha cakap cam tu??
haaa.. teros kan membaca..

sha smpai sana pukul 5 pg.. sampai je, siap2 pakai kasut semua nak start naik bukit tu..
sha pergi 5 orang.. semua tu member2 skola menengah sha dulu.. then, ktorang pon mula kan la perjalanan.. ha3.. nk tau tak.. baru naik bukit sket, tak jauh lg pon.. sha dah semput.. haha.. giler tak fit betol.. apa lagi.. memang kena bahan sikit la dari dorang.. dorang cakap "apa ni?? kata bekas kadet polis sekola.." ha3.. dulu waktu skola sha memang bnyak kali join jungle trekking ni.. tapi.. hello.. tu waktu skola k.. dah lama tinggal semua tu..

ktorg start naik tu pukul 5.15 pg.. erm.. tak tau la berapa banyak kali sha berhenti..
tak sempat kira.. sampai pikir "aduh, menyesal nye aku join dorang"..
bukan sebab apa, cuma sha kesian dekat dorang kena berhenti banyak kali sebab sha..
semput la.. nak muntah laa.. macam2 kot.. tapi nasib baik la dorang memahami.. memang dorang jaga sha la.. terbaik la korg weyh.. thanks beb..

tp bila sampai je kat puncak bukit broga tu pkul 6.30 pg, dah mula suka2, gelak ketawa, apa lagi dorang mula la bahan sha.. memang jahat.. ha3.. nak tau tak.. ktorang la mula2 smpai kt puncak tu.. org2 lain tak sampai lg.. walaupun penat macam giler tapi dalam hati tu terasa bangga sket la..

ktorg lepak kt atas tu nak tggu matahari kluar.. pemandangan kt atas tu memang cantik la..
tak dapat nak dikata.. sejuk plak tue.. angin.. seronok.. memang cantik la tgk matahari muncul tp yg spoil nye, boleh plak kamera sha battery exhausted.. adush.. terpaksa la guna anset je.. anset plak smua stok battery nak abes.. haish..



dh pkul 8.10 pg ktorg start turun.. adush.. nak turun punya la susah.. curam gak la..
kasut sha plak tak reti brek.. kalau dah turun, laju je.. member2 sha takut je tgk sha turun..
mana tak nye, kalau la jatuh tergolek tu.. mmg sedap sangat la.. waktu turun banyak gak la buat Pit stop.. bkn sebab penat tp nak tgkp gmbar pnye pasal.. mmg bnyak gler la tgkp gmbr.. bateri ade ke x ke, memory cukup ke tak ke, main posing je yg ktorg tau.. ha3..


dah separuh turun tu.. kaki dah jadi mcm kerusi ogawa..
vibrate sndiri..ha3.. mmg x jumpa cari la button nk stop kn vibrate kaki tu.. ha3..
ktorang sampai kt bawah tu pkul 9.00 pg..


then tros grak balik.. dalam kereta dh start rasa dh kaki mula sakit.. =)
ktorang snggah breakfast jap then tros balik umah tidow..
ZZzzzzzz..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this