Pages

Thursday, June 30, 2011

Sekali Lagi..


Hye korang !!
Korang tau tak hari ni cerita " SEKALI LAGI " dah release??
Tau kan?? Lakonan Shaheizy Sam, Lisa Surihani dgn Mia Sara..

Tak pergi tengok ke?? Pergi la..
Sha baru je lepas pergi tengok.. Best..
Sekali lagi sha cakap memang best..
hehehe.. Nak tau cerita dia mcm mana..
Tak best la kalau sha cerita..
Apa kata sekali lagi Sha cakap baik korang pergi tengok sendiri k..

Comel sangat lakonan Shaheizy Sam dalam tu..
Ditambah pulak dengan Mia Sara yang comel tu..
haishh memang sekali lagi nak cakap la, besssttt..
suka.. suka.. suka..

Memang tak rugi la tengok cerita SEKALI LAGI ni sebab
Sha pon rasa macam nak je tengok sekali lagi cerita SEKALI LAGI ni..


Sunday, June 19, 2011

Happy Father's Day..


Ayah.. Ermm..
Selalu sha terfikir macam mana la rasa bahagia nya
duduk dalam sebuah rumah yang ada mak, ayah, dan adik bradik yang lain..

Jujur sha cakap, cemburu tgk kawan2 yang rapat dgn ayah dorang..
Cemburu bila dorang cerita apa2 yang berkaitan ayah dorang..
cemburu tgk gmbar dorang pergi bercuti 1 family..

Sha teringin sangat2 semua tu..
Even sha tak pernah cerita kat sape2..
Tapi tu la impian sha dari sha kecik lagi..

Tapi walau apa pon sha masih bersyukur
sebab masih ada ayah dan sha tetap berbangga
menjadi anak kepada En Othman Bin Aboo..
Tak kesah la.. Walau berjauhan..
Dirimu tetap ku hormat dan sayang..

so sha nak ucap selamat hari bapa utk
satu-satunya ayah sha yg sha sayang -->> En Othman Bin Aboo..

Erm.. Walaupun berjauhan.. tak dpt nk cium tgn ucap selamat hari bapa,
tp sha tetap tak lupa.. Call pon jadi la kan..

p/s : update blog ni smbil dgr lagu Ae man- Ayah
mood : tacing seketika.. ='(

Thursday, June 16, 2011

Monday, June 13, 2011

jodoh di tangan Allah..


Pada suatu hari, saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "
Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman..

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.."
Saya menarik nafas dalam-dalam.." Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana
apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum..

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya..
"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya..

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya.."
Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah
keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak
menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah
Allah ciptakan berpasang-pasangan.. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah.. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika..
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi..
Emak buat-buat tidak nampak..

Secret Admire
"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat.. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal.. Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.." Mak merenung jauh.. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.. Emak ketawa kecil.. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah..

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. "Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.. kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya..

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat.. Tok wan mak kiyai.. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama.. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya.. Zaman tudung nipis dan nampak jambul.. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung..

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan.. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian.. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami.. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak..

Ada getar di hujung suara emak.. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya.. Itulah juga salah satu
inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu..

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah
atau tidak.. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang
menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama.. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat.. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat
duhai anak.." mak menelan air liurnya.. Saya diam..

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.,

Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa.. Apabila kita
jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada
sesuatu keistimewaan pada seseorang tu..

Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni.. Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh
cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita
berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan
dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir.. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi
hambaNya.. Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi
apabila kita mencintai saudara perempuan, kita
bebas peluk dia.. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya..

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat
itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna
agamanya dan rajin.. Lalu kita jatuh hati padanya.. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama
bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan
untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa..

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada
lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju.. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta
itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang
kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia.. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah..

Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.."

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh
memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita.. Bila dia pelihara dan masuk dalam
hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta
dengan Allah..

Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia.. Kerana tentulah
pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..
Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.. Kalau
yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap
insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing..
Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil
kelebihan yang ada pada dia..

Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..
Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "
Sekali lagi berjuraian air mata saya turun.. Terasa lemah lutut hendak berdiri.. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat.. Pelukan emak sangat-sangat kuat..

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan
air mata yang mengalir ke bahu saya....

Sunday, June 12, 2011

lipas oh lipas..


Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu..
Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya..
Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat..
Ia akan bertaburan merata-rata tempat..
Jika dah terbuatjugak, pastikan tempat terpenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun..

Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:

Sediakan botol yang ada kepala spray.. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi.. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya..
Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan.. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.. Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect..

Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:

Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu..
Letakkan sedikit serbuk kopi atau koko dalam botol.. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas.. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar..
Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun..

Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:

MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN..
Jangan biarkan sampah sarap di rumah.. Selalu cuci bilik air..
Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya..
Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk..
Lipas suka makan kertas..
2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum..
Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah..Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini.. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh..
Lipas seronok bau peluh.. Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah..
Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini..

Mengurangkan lebuhraya lipas:

Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur.. Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat.. Begitu juga di ceiling..

Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya..
Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya..
Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak..

Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:

Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )..
Dua bahagian tepung gandum.. Satu bahagian koko..
Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil..

Jangan terhidu tau.. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.. Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya..
BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!! Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas..

Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak..

Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas..

Saturday, June 11, 2011

Pesanan..


Kamu bernasib baik sekiranya memiliki kekasih yang sejati, kawan yang setia, dan orang lain yang sentiasa berada disekeliling untuk menyokong setiap tindakan kamu.. Tetapi kamu perlu ingat, dua orang yang paling penting dalam hidup kamu adalah ayah dan ibu..

Kamu mesti kuat supaya orang lain tidak dapat menggangu ketenangan fikiran kamu, jangan terlalu cepat untuk marah, jangan menjadi seorang yang penakut, dan jangan sesekali kamu leka dengan kebahagiaan yang kamu ada sekarang..

Kamu perlu tahu sekiranya kamu mempunyai masalah yang besar, pasti ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar dari kamu.. Jangan sesekali berasa putus asa terhadap apa yang kamu lakukan.. Terus kejar apa yang kamu impikan selama ini..

Belajar la untuk berjimat, jangan terlalu boros.. Pulangan untuk jangka masa panjang adalah lebih baik dari kepuasan jangka pendek..

Kamu jangan jadi seorang kaki ampu.. Kamu perlu tegas dengan pendirian kamu sendiri.. Buktikan bahawa kamu juga mempunyai harga diri..

Kamu tidak perlu terlalu bergantung terhadap pandangan orang lain terhadap kamu.. Lupakan dan cuba buktikan kepada diri sendiri bahawa kamu boleh menjadi lebih baik daripada apa yang mereka fikirkan..

Tidak semua perkara yang kamu lalui sepanjang kehidupan ini adalah menggembirakan..
Jangan sesekali berhenti daripada melakukan perkara yang kamu suka dan bangga terhadap hasilnya..

Sekiranya kamu mencari pasangan hidup, carilah pasangan yang mampu menjamin masa depan kamu, yang dapat memberikan kamu kebahagiaan, ketenangan dan perlindungan.. Tetapi ingat, WANG BUKAN LA SEGALANYA..

Perkara paling penting sebelum kamu membuat keputusan hidup kamu adalah restu ayah dan ibu.. Sekiranya ayah dan ibu menghalang kamu daripada melakukan sesuatu perkara, ia bukan bermakna mereka 100 % tidak setuju.. Mereka cuma mengingatkan agar kamu tidak tersalah langkah.. Sekiranya kamu yakin dengan keputusan yang dilakukan, buktikan kepada mereka..

p/s : pesanan orang2 tua..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this