Pages

Wednesday, March 30, 2011

Macam best je..


Macam best je kan~~
Apa yang best??
Tuuuuu.. Dorang kat kakiblogger tu..
Suka tengok dorang rapat gila2 kat situ..
Best.. Tak percaya??
Ce baca ni.. [link]

Tapi Sha tak reti..
Hahahaha..
Rugi kan..

So korang apa lagi..
Jom join kakiblogger ni..
Boleh dapat ramai kawan kat situ..

Nak tau macam mana??
Baca kat sini.. [link]

Thursday, March 24, 2011

Memang tak sangka!!!

hahaha.. Saje je buat title macam tu..
Bagi gempak sikit.. Artikel ni dapat dari lecturer lagi..
Rasa macam menarik.. So nak share..
Sha agak sibuk sikit sekarang ni, so jarang update blog..
Share je la apa yang dapat dari lecturer..

ok.. Jom teruskan membaca..

Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,
Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat..

Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik.. Mari kita kira!

Hari Minggu
52 hari dalam setahun.. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat.. Baki tinggal 313 hari..

Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb.. Baki tinggal 283 hari..

Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah.. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.. Baki tinggal 223..

Tidur
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur.. Baki tinggal 103 hari..

Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun.. Baki tinggal 95 hari..

Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain.. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari.. Digunakan lagi 15 hari.. Baki hari tinggal 80..

Makan
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum, hilang lagi 15 hari.. Baki tinggal 65 hari..

Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain.. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual.. 15 hari terpakai lagi.. Baki tinggal 50 hari..

Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak.. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira.. Baki tinggal 45 hari..

Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester.. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.. Baki tinggal 21 hari..

Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu.. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun.. Baki tinggal 16 hari..

Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isu hangat.. Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari.. kita memerlukan 15 hari setahun..

Jadi baki tinggal 1 hari..

Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI!!! Mana boleh belajar!!

Hahaha.. Rasa kelakar pulak part ni.. ('',)

Sunday, March 20, 2011

Betapa Dahsyat nye..

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah.. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan tempat yang tidak pernah dikunjungi oleh sesiapa.. lengang, sepi! Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut.. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada.. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.. Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal.. Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik..

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra.. menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain.. Tapi hampa.. So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan.. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa.. Startlah letih dan menangis panggil mak ayah.. Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu.. so dia pegi ketuk pintu.. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang..

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa.. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal.. Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.. Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.. Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku.. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu..

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu.. Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut.. Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi.. Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.. Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia.. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat.. Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu.. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju.. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa..

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau.. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka.. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.. Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut..

tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah..

MORAL CERITA : Apabila kita nak lakukan dosa, cubalah kita letakkan tangan kita di atas api.. Jika kita mampu menahan kepedihan api tanpa rasa sakit, lakukan dosa tersebut TETAPI jika kita tak mampu.. Ingatlah bahawasanya api di dunia ini telah di hilangkan bisa neraka selama beribu2 tahun baru diletak di dunia ni, dan cuba kita bayang dan rasakan kepedihan api sebenarnya iaitu Api Neraka..

(Dapat dari lecturer)

Monday, March 14, 2011

Happy Birthday Hajar !!

Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday.. Happy birthday..
Happy birthday to you..

Hari ni merupakan birthday one of my best friends..
Nama dia Siti Hajar..

Sha start kenal dia masa Sha darjah 6..
Tp waktu tu tak rapat sangat.. Kenal2 camtu je..
Ktorang start rapat masa Form 3 until now..
Kira nya dah dekat 9 tahun la kenal dia..
Lama kan..

Dia memang baik.. Serious tak tipu..
Ni bukan nak bodek dia ke apa.. Tp ni jujur dari hati.. huhu..

Gaduh?? Huh.. Pernah sangat..
Ala kenal 9 tahun kalau cakap tak pernah gaduh tu tipu la..
Mesti la ada kan.. Tp alhamdulillah la tak sampai putus kawan kan..
Wooo kalau sampai putus kawan memang sedih la kan..

Hajar, sekali lagi aku ucapkan Happy birthday..
Aku doakan kau panjang umur.. Murah rezeki..
Sentiasa bahagia.. Berjaya dalam apa je yang kau buat dan sebagainya..
Dan paling penting sekali, aku harap our friendship last forever..


Ni kek dari alam maya untuk kau.. hehe..


~ Our memory ~

Perbuatan baik anda dibalas dengan perbuatan jahat..

Anda buat baik pada seseorang, pastu dia pula buat jahat pada anda..
Perbuatan baik anda dibalas dengan perbuatan jahat..
Sedihnya.. Apa nak buat pasni??
Berikut adalah 3 perkara perlu anda buat apabila perbuatan baik anda dibalas dengan perbuatan jahat..

1. Serahkan soalan balasan perbuatannya pada Tuhan..

Tuhan mempunyai cara tersendiri untuk membalas setiap perbuatan jahat orang sekeliling pada anda.. Sebagai contoh, mungkin Tuhan akan buat rezekinya disempitkan, hidupnya disusahkan, usahanya digagalkan.. Anda tak akan dapat kawal jumlah orang yang berbuat jahat pada anda..
Anda tak akan dapat elak orang nak buat jahat pada anda.. Tapi orang yang berbuat jahat pada anda pasti tak akan dapat elak balasan Tuhan atas setiap perbuatan jahat mereka.. Soal balas-membalas perbuatan jahat orang pada anda, itu urusan Tuhan.. Serahkan pada Tuhan.. Tugas anda, teruskan bersangka baik, teruskan berperangai baik, teruskan berkata baik-baik.. Sebagai orang Melayu beragama Islam, anda makhluk bertuhan, jadi jangan lupakan Tuhan..


2. Doakan dia..

Orang buat jahat pada anda, anda kena doakan dia.. Haa?? Kenapa pulak?? Mana boleh!!(Biasanya inilah ayat yang anda akan kata!) Doakan supaya dia berubah.. Sebenarnya, jika anda balas perbuatan jahat orang pada anda dengan perbuatan jahat hingga berdendam, ketahuilah anda sudah masuk ke dalam perangkap pemikiran negatif.. Kesannya, fikiran anda menjadi negatif serta-merta.. Tindakan anda jadi negatif, hidup anda di kelilingi situasi-situasi negatif.. Orang berfikiran negatif hidupnya tak pernah bahagia, tak pernah maju sebab dendam menghalang sesiapa saja dari menjadi orang berjaya.. Anda akan kerap ditimpa musibah serta masalah bila menjadi orang pendendam, walau dendam tu cuma sebesar kaki semut.. Anda akan kata kesemua masalah yang muncul dalam hidup anda, anda tak pernah minta.. Sebenarnya anda sendirilah yang menarik masalah tu datang ke dalam hidup anda kerana anda menyimpan dendam.. Elak berdendam kerana dendam yang sedikit akan menarik lebih banyak dendam.. Lebih banyak dendam tersimpan di hati, lebih sukar rasa anda nak mencapai kecemerlangan dalam apa jua perkara..

3. Terus maju ke hadapan, usah menoleh ke belakang lagi..

Usaha memburu kecemerlangan tak pernah serik dari dugaan.. Sebagai contoh, jika anda nak jadi pekerja cemerlang, pasti akan ada orang sekeliling yang tak puas hati.. Kenapa?? Cemburu, simply sebab dia tak nak melihat anda maju.. Anda tak akan dapat elak orang yang cemburu pada anda.. Anda tak akan dapat tahan rasa cemburu orang pada anda.. Anda tak akan dapat halang mana-mana orang dari mencemburui anda.. Usah layan fikiran-fikiran camni kerana ia akan mengubah fokus minda anda.. Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan memajukan diri, bukan kesibukan memikir cakapan-cakapan orang tentang anda.. Jangan sibukkan fikiran dengan cakapan-cakapan orang kerana anda akan hilang pedoman, hilang motivasi, hilang inspirasi.. Anda akan mudah bersangka buruk sebab anda asyik memikir apa yang orang cakap pasal diri anda, anda akan suka fikir yang bukan-bukan..

Untuk menangani hal sebegini, maafkan saja orang yang berbuat jahat pada anda.. Maafkan saja orang yang berdendam pada anda.. Lepas tu, lupakan kesalahannya.. Lepas tu, LET GO hal tu, jangan pernah cuba nak ingat lagi walau sekadar terlintas sesaat di fikiran.. Anda kena pastikan hati anda bersih sentiasa supaya anda jadi bermotivasi sentiasa.. Jika teringat walau sedikit, ingatan yang sedikit tu akan meneutralkan kepositifan anda..

Untuk menjadi insan berfikiran positif, anda kena bebaskan hati, fikiran dan kata-kata dari aspek-aspek negatif.. Ketahuilah aspek negatif ni jika ada walau cuma sedikit, ia akan merosakkan fikiran positif..

Untuk melupakan hal-hal negatif, ingat saja hal-hal positif sepanjang masa.. Jangan lawan fikiran negatif, sebaliknya, penuhkan minda dengan aspek-aspek positif seperti kegembiraan, keseronokan,kebahagiaan,rasa kekitaan.. Makin anda lawan sesuatu, makin banyaklah anda dapat apa yang anda lawan tu..

Saturday, March 12, 2011

Perkara yang perlu diketahui oleh Umat Islam..

Soalan yang sering ditanya oleh orang BUKAN ISLAM kepada orang ISLAM..
Dan apa yang kita sepatutnya jawab..

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut di dalam Al-Quran??
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran..
Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali.. Mengapa??

Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut.. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat islam..

2) Nama Nabi Isa disebut lebih banyak dari Nama Nabi Muhammad dalam Al-Quran, tentu Nabi Isa lebih hebat kan??

Soalan sebaliknya, dalam Bible nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat?? Syaitan atau Nabi Isa?? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya.. Walaubagaimanapun, Allah Maha Mengetahui..

3) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw wafat adalah Nabi terakhir.. Tapi di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun.. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir??

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya..
Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulung tetap anak sulung..

4) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa..

Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lebih mulia?? Tentu ibu kan?? Jadi kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je?? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia.. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga.. Kenapa tidak disembah Adam sahaja?? Jawapan lengkap ada dalam Surah Ali-Imran ayat 59..

5) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut?? Bukankah rambut itu anugerah Tuhan yang perlu disimpan??

Kita jawab soalan ini dengan soalan.. Kuku juga anugerah Tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku??

6) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan?? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa??

Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ada nyawa.. Malah apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh.. itu tidak kejam?? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan banyak nyawa manusia..


7) Sami Buddha menjawab '' Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"..

Kita jawab seperti ini, habis tu, kita cuma berdosa kecil je la kalau bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tak ada deria??

8) Sami Buddha menjawab lagi.. ''Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"..

Kita jawab lagi " habis tu, awak makan la ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"..

9) Sami Buddha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"..

Kita jawab " penyakit datang kerana kita makan banyak.. Bukan kerana makan binatang.. Allah suruh makan secara sederhana.. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan?? Lagi besar penyakitnya.. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila.. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan la cakap haram apa yang Allah halalkan untuk kita..

10) Kan babi tu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi??

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan..

11) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah..

Islam bukan sembah Kaabah tapi kaabah adalah kiblat untuk satukan umat.. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat.. Perlu tahu bezakan.. Bukti, orang yang sembah berhala, tidak akan pijak berhala, tapi orang islam pijak kaabah untuk melaungkan azan.. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar kaabah (sejadah).. Jika ada gambar kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah.. Bukan sembah Kaabah!!

12) Kenapa perlu ikut Nbi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul-betul juga??

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja.. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman..

Soalan-soalan yang dinyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 ditanya oleh orang bukan islam secara spontan pada orang islam bukan kerana hendak tahu tapi kerana hendak membuatkan orang islam yang ilmu ala kadar was2 dengan Islam dan akhirnya berasa was2 dengan agama yang dianutinya.. Jadi jawapan yang disampaikan tak perlu panjang cukup secara ringkas dan padat..


(,") .. Sekian Sahaja .. ('',)


Sunday, March 6, 2011

Lamanye tak mandi!!

Lamenye tak mandi!!
Ha3.. Ok stop.. Jangan salah sangka..
Sha hari2 mandi ok..
Abes tu apa yang dah lama tak mandi???
Nak tau?? Tutup mata dulu..

Jeng.. jeng.. jeng..
Ni la dia..

Motor sha.. Dah lama sangat tak mandi..
Tu la dia keadaan sebelum dia dihantar cuci..
sangat kotor..
Bayangkan sha sendiri boleh pandang motor ni dari jauh sambil cakap
"huish.. motor sape ni?? tak reti basuh ke?? "..
Padahal motor sendiri.. Memang tak sedar diri..

Nak tau tak??
Sha suka tgk motor sha waktu dia dibasuh..
Sha rasa macam seksi plak motor ni bila dibasuh..
hahahaha.. Pelik??
Ok tau dah.. Mesti korang cakap pelik..
Bukan pelik biasa tapi pelik luar biasa..

Dah2.. Tak nak cerita lagi..
Korang tgk je..

Waktu dipenuhi sabun..

Dah habis basuh, kena la polish sendiri..


Dah siap basuh..
Dah siap polish..
Nak tgk hasilnya??

kira dulu..
1.. 2.. 3..


Shining tak?? Apa?? Tak nampak??
Ok jap.. Tangkap dekat sikit..


hah.. Shining kan?? ha3..
Pergi pakai cermin mata hitam cepat..

Friday, March 4, 2011

Tolong laa.. tak sanggup dah!!

Dua tiga hari ni, rasa down sangat2..
Rasa stress pon ada..
Kenapa hidup ni mesti dibelenggu dengan pilihan????????

Susah nak tentukan mana yang terbaik..
kalau ada yang memahami boleh diajak berbincang, takpe..
Ni semua kena fikir sorang2..
Rasa macam bila badan ni dah berehat pon otak still tak berhenti fikir..

Ada je yang muncul saat2 akhir..
Bila otak dah cakap pilih la B..
Mungkin B lebih baik dari A..
A kau tak mampu..
kau pun mula nak terima yang B lebih baik tapi tiba2 muncul pilihan C..

Sekarang sekali lagi kau kena tentukan antara B atau C..
Kalau benda tak penting takpe..
Ni soal masa depan..
Kalau salah pilih, sendiri yang kena tanggung..

So nak buat apa sekarang??
Menangis?? Kalau menangis boleh selesai ke??
tak jugak.. tp itu je yang mampu buat..
Tak disuruh.. Air mata keluar sendiri..

Bila la semua ni nak selesai??? Tak sanggup dah..
Muka boleh sembunyi macam tak ada apa2 masalah..
Tapi dalam hati ni Allah swt je yang tau..
Rasa macam dah lama sangat hati ni tak tenang..

Tolong la doakan semua selesai~

Tuesday, March 1, 2011

Zine KakiBlogger #2..

cepat2.. kumpul dekat sini..
nak bagitau ni.. zine kakiblogger #2 dah published..
so apa lagi jom download..
cepat la pergi download.. tunggu apa lagi???
oooo.. nak link?? lupa plak nak bagi.. ok2.. tekan ni.. [link]

tgk ni.. nak tunjuk sikit..


Menarik tak?? menarik kan??
tau dah.. jap.. apa korang cakap?? tak menarik???
ok.. yg cakap tak menarik tu sekarang jugak korang bagun pastu pergi kedai cermin mata dan check mata korang..
sha yakin ada something wrong somewhere dekat mata korang.. he3..

bagi yang tak download lagi zine kakiblogger #1..
tgk sini.. [link]

~sekian~
(,'') ('',)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this