Pages

Saturday, March 12, 2011

Perkara yang perlu diketahui oleh Umat Islam..

Soalan yang sering ditanya oleh orang BUKAN ISLAM kepada orang ISLAM..
Dan apa yang kita sepatutnya jawab..

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut di dalam Al-Quran??
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran..
Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali.. Mengapa??

Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut.. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat islam..

2) Nama Nabi Isa disebut lebih banyak dari Nama Nabi Muhammad dalam Al-Quran, tentu Nabi Isa lebih hebat kan??

Soalan sebaliknya, dalam Bible nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat?? Syaitan atau Nabi Isa?? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya.. Walaubagaimanapun, Allah Maha Mengetahui..

3) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw wafat adalah Nabi terakhir.. Tapi di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun.. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir??

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya..
Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulung tetap anak sulung..

4) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa..

Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lebih mulia?? Tentu ibu kan?? Jadi kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je?? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia.. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga.. Kenapa tidak disembah Adam sahaja?? Jawapan lengkap ada dalam Surah Ali-Imran ayat 59..

5) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut?? Bukankah rambut itu anugerah Tuhan yang perlu disimpan??

Kita jawab soalan ini dengan soalan.. Kuku juga anugerah Tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku??

6) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan?? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa??

Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ada nyawa.. Malah apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh.. itu tidak kejam?? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan banyak nyawa manusia..


7) Sami Buddha menjawab '' Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"..

Kita jawab seperti ini, habis tu, kita cuma berdosa kecil je la kalau bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tak ada deria??

8) Sami Buddha menjawab lagi.. ''Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"..

Kita jawab lagi " habis tu, awak makan la ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"..

9) Sami Buddha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"..

Kita jawab " penyakit datang kerana kita makan banyak.. Bukan kerana makan binatang.. Allah suruh makan secara sederhana.. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan?? Lagi besar penyakitnya.. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila.. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan la cakap haram apa yang Allah halalkan untuk kita..

10) Kan babi tu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi??

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan..

11) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah..

Islam bukan sembah Kaabah tapi kaabah adalah kiblat untuk satukan umat.. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat.. Perlu tahu bezakan.. Bukti, orang yang sembah berhala, tidak akan pijak berhala, tapi orang islam pijak kaabah untuk melaungkan azan.. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar kaabah (sejadah).. Jika ada gambar kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah.. Bukan sembah Kaabah!!

12) Kenapa perlu ikut Nbi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul-betul juga??

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja.. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman..

Soalan-soalan yang dinyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 ditanya oleh orang bukan islam secara spontan pada orang islam bukan kerana hendak tahu tapi kerana hendak membuatkan orang islam yang ilmu ala kadar was2 dengan Islam dan akhirnya berasa was2 dengan agama yang dianutinya.. Jadi jawapan yang disampaikan tak perlu panjang cukup secara ringkas dan padat..


(,") .. Sekian Sahaja .. ('',)


2 suara:

Anonymous said... [Reply to comment]

good one! menarik sebagai panduan untuk "yang" suka bertanya tu kan kan :))

Jom! pi Langkawi...

Sha Qiffmie said... [Reply to comment]

yup.. betul3..
yang tanya tu bukan nak sangat tau, saje2 je nak uji..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this