Pages

Monday, August 15, 2011

~ No title ~


Sometimes I wish I could just be a little kid again..
So when life gets tough you can just play pretend..
I wanna go back to when your daddy was the only boy you ever kissed..
When Disney World was the best place to be..
When the only movies you could see were rated G..
When your biggest problem was learning to write your name and people didn't change..
And your friends were the same..
And every time you were sad or you had a bad day, you could just run to mommy and it would all be okay..
I wanna go back to no hurt and no pain.. Just laughter..
When everyone always lives happily ever after..



Tuesday, July 26, 2011

Cikgu Ajoi

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai..
Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid2 darjah 3 Raya
dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu " W.Taufik WWW "..
Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut..

Cikgu Ajoi : Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.Taufik WWW?
Taufik : Saya cikgu.. (Taufik menjawab & berdiri)
Cikgu Ajoi : Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa??
Taufik : Maaf cikgu ajoi, panjang sangat..
Cikgu Ajoi : Takpe2 Taufik.. Cakap jer..
Taufik : Baik cikgu.. Nama penuh saya ialah Wabillahi TAUFIK- wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.. Setelah dari darjah 3 Raya,
Cikgu Ayoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak
nama murid2.. Mata Cikgu Ayoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu "BKBKBDB DIAN"

Kemudian Cikgu Ayoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut..
Berdirilah seorang murid dan menjawab " saya DIAN cikgu".. Seasa Cikgu Ayoi melihat
wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya..

Cikgu Ayoi : Dian ada abang di sekolah ini??
Dian : Ya cikgu.. Nama dia Taufik.. Abang saya darjah 3..
Cikgu Ayoi : Saya ingin tahu nama panjang DIAN apa pula
k??
Dian : Baik cikgu.. Nama panjang saya ialah.. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemuDIAN..
Cikgu Ayoi : @$%*&#



sumber : sir shehdi

Sunday, July 24, 2011

Heartbroken lagi ke??

Apa yang korang rasa if korang terpaksa jauhkan
diri dengan orang yang korang sayang sangat atas sebab2 tertentu??
Perasaan yang tak dapat nak diungkapkan kan..
Hmm.. tu la apa yang sha alami sekarang..

Sha terpaksa jauhkan diri dari dia..
Sha tak nak dia susah sebab sha..
Tapi sha tak tau sha mampu ke tak nak jauh dari dia..
Keadaan je yang akan tentukan semua nya..

SHA DAH TAK NAK HILANG ORANG YANG SHA SAYANG !!
SHA TAK SEDIA UNTUK SEDIH LAGI SEKARANG NI !!
Tu je yang mampu sha cakap sekarang..
Dh 1 week sha tak berapa sihat sangat..
But if everyday sedih.. nages je.. smpai bila sha nak sihat..

Exam dah dekat..
Praktikal dah dekat..
But sha ??? hmmm..

Friday, July 8, 2011

Starbuck !!


Starbuck telah disahkan HARAM oleh JAKIM !!
Please note that all chocolate, vanilla and cofee bean at starbuck contain
E471 ( emulsifier 471 _, mono di-glycefides which is from animal origin ( pork )
Rasperry Frap uses cherries that has been dip in alcohol and the tiramisu contains RUM..

Please pass thiss message to our muslim friends..
Call JAKIM 03-88894000..


Thursday, June 30, 2011

Sekali Lagi..


Hye korang !!
Korang tau tak hari ni cerita " SEKALI LAGI " dah release??
Tau kan?? Lakonan Shaheizy Sam, Lisa Surihani dgn Mia Sara..

Tak pergi tengok ke?? Pergi la..
Sha baru je lepas pergi tengok.. Best..
Sekali lagi sha cakap memang best..
hehehe.. Nak tau cerita dia mcm mana..
Tak best la kalau sha cerita..
Apa kata sekali lagi Sha cakap baik korang pergi tengok sendiri k..

Comel sangat lakonan Shaheizy Sam dalam tu..
Ditambah pulak dengan Mia Sara yang comel tu..
haishh memang sekali lagi nak cakap la, besssttt..
suka.. suka.. suka..

Memang tak rugi la tengok cerita SEKALI LAGI ni sebab
Sha pon rasa macam nak je tengok sekali lagi cerita SEKALI LAGI ni..


Sunday, June 19, 2011

Happy Father's Day..


Ayah.. Ermm..
Selalu sha terfikir macam mana la rasa bahagia nya
duduk dalam sebuah rumah yang ada mak, ayah, dan adik bradik yang lain..

Jujur sha cakap, cemburu tgk kawan2 yang rapat dgn ayah dorang..
Cemburu bila dorang cerita apa2 yang berkaitan ayah dorang..
cemburu tgk gmbar dorang pergi bercuti 1 family..

Sha teringin sangat2 semua tu..
Even sha tak pernah cerita kat sape2..
Tapi tu la impian sha dari sha kecik lagi..

Tapi walau apa pon sha masih bersyukur
sebab masih ada ayah dan sha tetap berbangga
menjadi anak kepada En Othman Bin Aboo..
Tak kesah la.. Walau berjauhan..
Dirimu tetap ku hormat dan sayang..

so sha nak ucap selamat hari bapa utk
satu-satunya ayah sha yg sha sayang -->> En Othman Bin Aboo..

Erm.. Walaupun berjauhan.. tak dpt nk cium tgn ucap selamat hari bapa,
tp sha tetap tak lupa.. Call pon jadi la kan..

p/s : update blog ni smbil dgr lagu Ae man- Ayah
mood : tacing seketika.. ='(

Thursday, June 16, 2011

Monday, June 13, 2011

jodoh di tangan Allah..


Pada suatu hari, saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "
Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman..

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.."
Saya menarik nafas dalam-dalam.." Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana
apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum..

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya..
"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya..

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya.."
Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah
keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak
menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah
Allah ciptakan berpasang-pasangan.. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah.. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika..
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi..
Emak buat-buat tidak nampak..

Secret Admire
"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat.. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal.. Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.." Mak merenung jauh.. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.. Emak ketawa kecil.. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah..

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. "Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.. kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya..

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat.. Tok wan mak kiyai.. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama.. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya.. Zaman tudung nipis dan nampak jambul.. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung..

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan.. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian.. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami.. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak..

Ada getar di hujung suara emak.. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya.. Itulah juga salah satu
inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu..

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah
atau tidak.. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang
menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama.. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat.. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat
duhai anak.." mak menelan air liurnya.. Saya diam..

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.,

Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa.. Apabila kita
jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada
sesuatu keistimewaan pada seseorang tu..

Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni.. Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh
cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita
berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan
dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir.. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi
hambaNya.. Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi
apabila kita mencintai saudara perempuan, kita
bebas peluk dia.. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya..

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat
itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna
agamanya dan rajin.. Lalu kita jatuh hati padanya.. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama
bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan
untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa..

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada
lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju.. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta
itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang
kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia.. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah..

Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.."

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh
memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita.. Bila dia pelihara dan masuk dalam
hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta
dengan Allah..

Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia.. Kerana tentulah
pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..
Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.. Kalau
yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap
insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing..
Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil
kelebihan yang ada pada dia..

Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..
Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "
Sekali lagi berjuraian air mata saya turun.. Terasa lemah lutut hendak berdiri.. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat.. Pelukan emak sangat-sangat kuat..

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan
air mata yang mengalir ke bahu saya....

Sunday, June 12, 2011

lipas oh lipas..


Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu..
Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya..
Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat..
Ia akan bertaburan merata-rata tempat..
Jika dah terbuatjugak, pastikan tempat terpenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun..

Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:

Sediakan botol yang ada kepala spray.. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi.. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya..
Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan.. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.. Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect..

Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:

Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu..
Letakkan sedikit serbuk kopi atau koko dalam botol.. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas.. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar..
Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun..

Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:

MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN..
Jangan biarkan sampah sarap di rumah.. Selalu cuci bilik air..
Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya..
Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk..
Lipas suka makan kertas..
2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum..
Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah..Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini.. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh..
Lipas seronok bau peluh.. Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah..
Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini..

Mengurangkan lebuhraya lipas:

Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur.. Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat.. Begitu juga di ceiling..

Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya..
Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya..
Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak..

Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:

Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )..
Dua bahagian tepung gandum.. Satu bahagian koko..
Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil..

Jangan terhidu tau.. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.. Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya..
BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!! Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas..

Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak..

Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas..

Saturday, June 11, 2011

Pesanan..


Kamu bernasib baik sekiranya memiliki kekasih yang sejati, kawan yang setia, dan orang lain yang sentiasa berada disekeliling untuk menyokong setiap tindakan kamu.. Tetapi kamu perlu ingat, dua orang yang paling penting dalam hidup kamu adalah ayah dan ibu..

Kamu mesti kuat supaya orang lain tidak dapat menggangu ketenangan fikiran kamu, jangan terlalu cepat untuk marah, jangan menjadi seorang yang penakut, dan jangan sesekali kamu leka dengan kebahagiaan yang kamu ada sekarang..

Kamu perlu tahu sekiranya kamu mempunyai masalah yang besar, pasti ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar dari kamu.. Jangan sesekali berasa putus asa terhadap apa yang kamu lakukan.. Terus kejar apa yang kamu impikan selama ini..

Belajar la untuk berjimat, jangan terlalu boros.. Pulangan untuk jangka masa panjang adalah lebih baik dari kepuasan jangka pendek..

Kamu jangan jadi seorang kaki ampu.. Kamu perlu tegas dengan pendirian kamu sendiri.. Buktikan bahawa kamu juga mempunyai harga diri..

Kamu tidak perlu terlalu bergantung terhadap pandangan orang lain terhadap kamu.. Lupakan dan cuba buktikan kepada diri sendiri bahawa kamu boleh menjadi lebih baik daripada apa yang mereka fikirkan..

Tidak semua perkara yang kamu lalui sepanjang kehidupan ini adalah menggembirakan..
Jangan sesekali berhenti daripada melakukan perkara yang kamu suka dan bangga terhadap hasilnya..

Sekiranya kamu mencari pasangan hidup, carilah pasangan yang mampu menjamin masa depan kamu, yang dapat memberikan kamu kebahagiaan, ketenangan dan perlindungan.. Tetapi ingat, WANG BUKAN LA SEGALANYA..

Perkara paling penting sebelum kamu membuat keputusan hidup kamu adalah restu ayah dan ibu.. Sekiranya ayah dan ibu menghalang kamu daripada melakukan sesuatu perkara, ia bukan bermakna mereka 100 % tidak setuju.. Mereka cuma mengingatkan agar kamu tidak tersalah langkah.. Sekiranya kamu yakin dengan keputusan yang dilakukan, buktikan kepada mereka..

p/s : pesanan orang2 tua..

Saturday, May 21, 2011

Stress.. =(


Adoooi.. Sha rasa stress giler la sejak kebelakangan ni..
Tak tau la sebab apa..
Mungkin sebab masalah kerja + 5 assigmnt yg still
tak siap lg + test akhir bulan nie + aktiviti yg ntah apa2..

Haishhh..
Main things sekarang ni sha stress sgt2 sebab ada masalah dgn kwn2..
Sha memang lemah kalau ada masalah dgn family + kawan2..
Kalau masalah lain sha still boleh happy..
Tapi....... if ada masalah dgn family atau
friends, sha la org paling lemah sekali..

Bila la semua nk ok????
Hari2 out of mood.. ='(

p/s : There are things that we don't want to happen
but have to accept..
things we don't want to know
but have to learn..
and people we can't live without
but have to let go..

Wednesday, May 4, 2011

Keajaiban Maths..

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765 ...
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888


Hebatkan ??

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321


101% Dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100% ??
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100% ??
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100% ??
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101% ??
Apakah nilai 100% dalam hidup ??
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya..


Jika: ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ
Digambarkan sebagai: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26..

KERJA KERAS 11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%
H-A-R-D-W-O-R- K 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
Knowledge 11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%
SIKAP 19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%
A-T-T-I-T-U-D-E 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%


Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%..
Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi..

Tapi..
LOVE OF GOD ---> 12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau
SAYANG ALLAH ---> 19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

renung-renungkan..

sumber : http://shehdikimia.blogspot.com

Thursday, April 28, 2011

Happy Birthday !!

28 APRIL 1991

Lahir seorang baby girl..
Nama nya Amie Nur Diana..
For sure la comel.. Hahaha..

Sape Amie Nur Diana nie??
Hehehe.. Sabar la..
Baru start taip ni.. Jap lg sha bgtau..


Hah tu la dia Amie nya..
Today genap 20 tahun umur dia..

Amie, if amie terbaca post ni..
Sha nak wish kat amie

'' Happy bufday dear.. May Allah bless u..
May all your dream come true..
Semoga amie bahagia selalu..
Sha sentiasa doa kan yang terbaik unt
uk amie..
Sha nak amie tau yang sha sayang kat amiey..
Sha rindu kat amie n family amie especially abg n adik..
Sha tak tau sama ada kita akan berjumpa lg or tak..
tp yang pasti amie n family amie, sha tak kan lupa dlm hidup sha..
Always in my mind sebab sha anggap dorang mcm family sha sendiri.. ''

- our memory -

Rindu gila2 dekat semua..

Ok.. Now sha bgtau la sape Amie Nur Diana ni k..
Dia la ex-bff sha.. Huh..
Sedih nak tulis perkataan '' ex-bff '' tu tau tak??
Sebab tu tak nak bgtau awal2..

Korang2 semua yg baca ni, doakan la semua konflik antara ktorg selesai..
Moga dengan izin Allah persahabatan tu akan terjalin balik.. Amin..
Sha tak mntak utk jd bff macam dulu..
cukup la sekadar kawan biasa.. =,(


Saturday, April 23, 2011

AIS

-google image-

.. Kesan minum AIS..

Kepada sesiapa yang suka minum AIS (termasuk sha)..
Artikel ni memang sesuai sangat kita baca..
Air berAIS.. Fuhh.. Memang sedap..
Sape tak suka kan..
Kalau minum waktu2 haus memang terasa la nikmat nyer..

Lepas makan je nasi, mesti nak cari air berAIS kan..
Tapi kita tau tak, air berAIS ni akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan???
Air berAIS ni akan memperlahankan penghadaman kita..

Bila lemak2 ni terbentuk dalam usus, ia akan menyempitkan banyak
saluran dan lama2 banyak la lemak terkumpul dan kita
akan menjadi semakin gemuk la..
Bila dah gemuk, mula la macam2 penyakit muncul..
Salah satu nya serangan janatung.. =.=''

So apa perlu kita buat??
Kita minum la sup panas atau air panas/suam selepas makan..
sebagai ganti air berAIS tu..

Info tentang serangan jantung :

- Kita patut tau bukan semua tanda2 serangan jantung akan
mula terasa pada tangan sebelah kiri..

- Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit2 pada bahagian
atas dada.. Kita mungkin tidak akan alami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung..

- Keletihan dan berpeluh adalah tanda2 biasa..

MARILAH KITA BERWASPADA DAN BERHATI-HATI.. LEBIH BANYAK KITA TAU, LEBIH CERAH PELUANG KITA UNTUK TERUS HIDUP..

Saturday, April 16, 2011

Al-Fatihah buat..

Tadi pukul 10 balik je keje, Sha terus on hp..
Dapat 1 mesej dari kawan sha..
Kawan yang sha pernah buat entry pasal bufday dia tu.. [link]

" Hajar : Sha, ayah aku dah takde.. Meninggal petang tadi.. "

Sha terkejut sangat..
Tiba2 tangan kaki sha rasa mengiggil..
Tak tau nape.. Rasa sedih..
Rasa nak menangis..

Automatik teringat kat dia, abg dia, adik dia, mak dia..
Apa keadaan dorang sekarang ni kan..
Tiba2 kehilangan tempat bergantung..
Mesti susah sangat nak terima..

Ayah dia meninggal dunia sebab sesak nafas
waktu main takraw petang tadi..

Mintak tolong korang jom la sama-sama kita
sedekahkan al-fatihah kat arwah
pakcik zamzuri..
Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan
dikalangan orang2 yang beriman..

Aja, ko kuat kan semangat ok.. Sabar..
Tabahkan hati..
Kitorang akan sentiasa ada kat sisi kau..


Monday, April 11, 2011

simptom studi..


Symptom symptom student bila final exam minggu depan..

1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling.. Yang kepoh jadi pendiam..
(orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je)
Jawab pon nak tak nak.. Kalau jalan2 tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit..
Sebab otak full load..

2. Membaca dengan kadar yang cepat..
(entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )

3. Nak turun pergi makan tu fikir 2,3 kali..
Tu pun bungkus.. Cepat.. Jimat masa makan kat bilik..
Sambil makan boleh membaca apa yg patut..

4. Time nak exam baru laaa nak full sembahyang..
Solat sunat sampai nak batal air sembahyang..
Doa macam2.. (dan.. dan.. tapi alhamdulillah)

5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga..
Tapi time ni memang tak sakit telinga..
Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga..

6. Masa tidur pon boleh terbayang2 yang baca tadi (ada tu siap ambik handout letak tepi bantal)
Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus..

7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je..

8. Kalau main message tu balas sikit2 je.. Pendek2..
Tak de mase nak fikir taip panjang2..

9. Nak buang sampah pun terbawak pen.. (ni kes cuak sangat ni)

10. Nak bukak facebook rasa tak senang gila.. Perghh.. Membazir masa..
(time ni memang tertekan gila.. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring, blog.. Sebab laptop depan mata.. Kabel/wifi kat sebelah je..
Exam minggu depan.. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus..)

11. Time ni ah baru bukak buku tebal..
Bukak kamus tu yang tak tahan tu..
Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P

12. Asyik-asyik tengok jam je.. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan..
Tanya lagi member sebelah.. Haihhh.. Keliru sangat budak nih..

13. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah..
Nak stay up la konon nye..

14. Hah.. Ni for sure.. Meja studi bersepah gila.. Mana dengan highlighternya.. Pen biru, hitam, merah.. Kertas2 memang confirm bersepah.. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin.. Buku semua terbukak.. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak.. Ada tu 4,5 buku serentak bukak..

15. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf.. Doakan exam nanti”..

16. Muka blurr je.. Sebab otak dah full tank..
Makan sorang2 pon dah tak heran.. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai2..
Nanti ade je bende nk borak..

17. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul.. Salah cakap.. Pastu cakap benda merepek je..
Muka dah la cam zombie.. [zoul jgn terasa ye] hehe..
Cakap merepek2 sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi..
sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua..

18. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2..
Kan senang.. Haihh.. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan..
Tak nak buat dah macam sem sekarang.. *padahal tiap2 sem azam sama..
Tak berubah gak.. Tak pun semangat dia masa awal sem je..
Sampai minggu ketiga dah hancusss..

p/s: rasanya even budak pandai yang dah score markah carry marks pon study menggelabah jugak.. Cuma diorang steady lagi la dari student yang study last minit.. Hehehe..

Moral of the story : jangan dok sibuk nak usik budak tengah exam..
Cepat je die nak naik darah.. Sebab hormone dia semua tengah berlaga-laga..
Otak pun dah overload..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this