Pages

Sunday, January 30, 2011

Cinta Sejati..


Saya telah mengembara ke hujung dunia mencari KASIH SAYANG saya.. Tapi pertama kali saya bertemu awak hati saya terus terpaut.. Demi tuhan saya tidak tahu mengapa tapi itulah kebenarannya.. Saya telah menolak awak tapi awak menguji saya dengan kesabaran awak, sikap ambil berat awak terhadap saya.. Awak tahu awak tidak bertepuk sebelah tangan dan awak berjanji hanya saya CINTA sejati awak..

saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak.. Dan di saat saya MENCINTAI awak, saya telah jatuh ke dalam dasar perasaan yang sangat dalam.. Lemas dan hampIr tenggelam di dalam lautan kasih sayang, seribu impian dan saya mula terpikir, saya menggembara ke hujung dunia , mencari awak, rupanya awak di sisi saya selama ini dan saya baru menyedarinya..

Bagai merpati putih CINTA saya berkelana mencari singg
ahsana di hati awak.. Nyata saya tidak menemuinya.. Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki CINTA saya, awak mencampakkannya ke dasar laut yang tidak mampu saya selam.. Di sana saya tidak mampu melihat cahaya.. Awak berikan saya harapan, dan akhirnya awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam..

Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa sebenarnya awak cari.. Jadi, siapa saya selama ini di hati awak????

* Adakah selama ini awak sebenarnya tidak pernah menyanyangi saya??


* Siapa yang mengajar saya untuk membuka hati saya untuk CINTA ??

* Siapa yang mengajar saya CINTA itu memerlukan pengorbanan??

* Siapa yang mengajar saya supaya jujur dengan perassan saya sendiri??

AWAK!!! Awak mungkin jenis yang boleh mencintai ramai orang berkali-kali.. Tapi saya seorang perempuan yang percaya hidup saya hanya ada seorang insan, satu CINTA, dan satu perkahwinan.. Melangkah pergi meninggalkan awak talah meragut seluruh kekuatan yang saya ada.. Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak.. Jangan..

Bagaimana harus saya menbenci awak, sedangkan setiap hari saya merindui awak biarpun, pada ketika itu awak di sisi saya.. Di setiap saat saya mengingati awak.. Seumur hidup ini saya MENCINTAI awak..

Seseorang pernah berkata,

If you really love someone let the person go.. If that person really meant for you, the person will come back to you eventually.. But if the person does not, then the person never meant for you, in the first place..
AWAK..
Kerana saya menCINTAi awak saya lepaskan awak, demi kebahagiaan awak.. Kerana itu yang awak mahukan.. Kerana saya tiada lagi dalam hati awak.. Saya berdoa supaya awak jumpa dengan apa yang awak cari.. Supaya suatu hari nanti, awak memahami apa erti CINTA yang sebenar.. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat merasai bagaimana perasaanya apabila terlalu CINTAkan seseorang dan semoga awak tak kan pernah terlewat untuk menghargainya..

AWAK..
Saya percaya, andai benar kita berjodoh, awak akan kembali kepada saya.. Itu bukan harapan saya tetapi saya sedang belajar untuk pasrah pada ketentuan Allah dan kalau pun awak tidak kembali.. saya percaya, itulah yang terbaik..

Saturday, January 29, 2011

Angpaw CNY TOPUP from thenameisia!

ok.. ni adalah contest ketiga yg sha join..
ANGPAW CNY dianjurkan oleh thenameisia blogspot..


orang yg nk di tag adalah:

1) aida4eva
2) dyianamohd

kalau korang nak join tekan banner kat atas tu k..

Thursday, January 27, 2011

my 100th followers


thx ye miss amalina azlan coz jadi follower sha yg ke-100..

kalau korang nak tau, sha ni masih baru je lagi dalam dunia blog ni..
hari ni genap 2 bulan 12 hari jangka hayat blog sha ni..
dan alhamdulillah sha dh dapat follower sha yg ke-100..

semua ni adalah hasil daripada sha join beberapa group..

1) group kakiblogger..

KakiBLOGGER


group ni memang banyak membantu sha.. group ni memang best.. kesemua admin dan ahli2 yg lain memang baik dan friendly sgt.. kalau korang ada apa2 masalah pasal blog, tanye je la.. insyallah dorang akan tolong.. ramai otai2 blog kat group tu..

2) group BTO (blogger tercinta)



group ni pon best.. ramai jugak otai2 kat group ni..
group ni pon boleh bantu korang if korang ada masalah pasal blog..
ramai blogger2 yang friendly dan rajin blogwalking kat situ..

3) group kami si blogger




group ni sebenar nya baru je ditubuhkan tapi cepat dapat sambutan dari semua blogger..
dalam sekejap je ahli group tu dh mencecah beratus-ratus..
korang letak je la link korang kat situ.. mesti ada yang blogwalking punye..

tu je dari sha.. terima kasih sha ucapkan pada follower sha yg ke-100 tu..
dan juga terima kasih untuk group kakiblogger, blogger tercinta dan group kami si blogger..

Wednesday, January 26, 2011

jangan ada takbur.. cinta pasti hancur..


Dua bilah kayu disatukan dengan paku.. Dua ketul bata disatukan dengan simen.. Dua hati di satukan dengan apa?

Jawabnya, dengan iman..

Dua hati yang beriman akan mudah disatukan.. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu.. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan..

Bukan tidak pernah terguris.. Bukan tidak pernah bertelagah.. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula.. Yang bersalah mudah meminta maaf.. Yang benar mudah memberi maaf.. Tidak ada dendam memanjang.. Masam cuma sebentar.. Pahit hanya sedikit.. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut.. tetapi sekadar di dalam cawan.. Ada gelombang.. tetapi cepat-cepat menjadi tenang..


Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya.. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa.. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan..

Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun.. Iman itu ada "virusnya".. Virus iman ialah ego (takbur).. Jangan ada takbur, cinta pasti hancur.. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina.. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan.. Tidak ada tangan yang lebih bersih.. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan.. Tetapi 'tangan' yang ego, tidak mahu bersentuhan.. Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!!

Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar.. Kau isteri, aku suami.. Aku ketua, kau pengikut.. Aku putuskan, kau ikut saja.. Jangan cuba menentang.. Menentang ertinya dayus.. Maka terkapai-kapailah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi.. Sedikit cakap, sudah dibentak.. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam.. Suami 'disabotaj'nya dalam diam.. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh., Senyumnya jadi tawar dan hambar.. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh.. Cinta semakin rapuh..

Ada pula isteri yang ego.. Heroin sudah mengaku hero.. Suami dicaturnya satu-satu.. Tidak jarang meninggikan suara.. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang.. Anak-anak dibiarkan.. Dapur berselerak.. Pinggan mangkuk tidak dibasuh.. Kain baju sengaja disepah-sepahkan.. Rasakan akibat menentang aku.. Mengaku salah tidak sekali.. Minta maaf? Pantang sekali!!

Ego si suami selalunya terserlah.. Boleh dilihat daripada jelingan mata dan suara yang meninggi.. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu.. Atau boleh jadi diherdik si isteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang.. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa si suami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya..

Ego si isteri terpendam.. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, si isteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam.. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh.. sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur..

House dan Home..

hasil nya, cuaca rumah tangga menjadi muram.. Rumah hanya jadi 'house' tidak jadi 'home' lagi.. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi.. Semuanya bungkam.. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati.. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja.. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah.. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?

Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi.. Retak akan menjadi belah.. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta.. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea.. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu.. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu..

Malang, cuma sebentar.. Gurau, senda cuma seketika.. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza.. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara.. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa.. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi.. kedua hati bercakar lagi.. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati.. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi.. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar..

Dapatkan Cinta Dengan 'Membeli' Cinta

Ada juga pasangan yang hendak 'membeli' cinta.. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda.. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami.. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas si isteri.. Masing-masing bertukar hadiah.. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta.. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta.. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati.. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa..

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman.. Buanglah kerikil ego yang menghalang.. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung.. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu 'menyamar' sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi..

Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain.. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah.. Penceraian berlaku.. Mereka berpisah.. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda.. Oh, mereka tertipu.. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan.. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:

"Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah."

Carilah Allah
Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu.. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?

Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah.. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya.. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan..

Firman Allah:

"Dan berilah peringatan.. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.."

Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang.. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah.. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri..

Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah.. Segera mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf.. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya.. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi.. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf.. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah..

Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah.. Dia sentiasa tidak ingin mengalah.. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran.. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri.. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah.. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri.. Kita takutkan Allah.. Allah benci orang yang takbur..

Begitu juga isteri.. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah.. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah.. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya.. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala.. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan.. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama..

Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego.. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri.. Allah benci orang yang tinggi diri.. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat.. Kita dan dia hakikatnya satu.. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu.. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa.. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan.. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!

Tuesday, January 25, 2011

islam kan supaya halal..


Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad.. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari.. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura.. Matanya mengalahkan Zinnirah.. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan.. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan.. Tetapi, Syafiq cuba tahan.. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah..

Beberapa tahun berlalu.. Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan.. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya.. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam.. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’..

Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC".. Asal keluar, pergi tempat terbuka.. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni.. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh.. Syafiq pula pakai serban dan jubah.. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran.. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi.. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa.. Lelaki di depan, perempuan di belakang.. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi.. Suruh qiamullail.. Hah! kan Islamic punya couple tu..

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad.. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC.. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk.. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?".. "No..", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad.. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq.. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu.. Muhammad pun memulakan ceritanya..


"Aku ni muallaf.. Asal dulu aku kristian.. Tinggal kat Singapore.. Dulu, aku suka sangat makan babi.. Kalau sehari tak makan, pengsan aku.. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu.. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya.. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi.. Aduh, pening kepala aku.. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam.. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia.. Tapi aku… mana ada..

Jadi, time kat hospital tu aku fikir.. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar.. Aku nak Islamkan babi tu.. Aku beli seekor anak babi.. Dari kecik aku jaga dia.. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat.. Setiap jam aku mandikan dia.. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah.. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu.. Asal dia berak aku vacuum terus.. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun.. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba.. Masa untuk sembelih babi ni.. Tengok-tengok babi ni takde leher.. Tapi, lantaklah.. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni.. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh.. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan.. Muka macam lapar je.. Aku pun ajak la dia makan,. Ustaz!!! jom makan.. Babi Islam nih..”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram.. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas..

alhamdulillah.. saya menang..

erm.. nak tau saya menang apa??
aritu saya ada join contest RM3 untuk 10 pemenang yang dianjurkan oleh kecikstudioz

seramai 33 blogger yang menyertainya..
dan saya adalah antara 10 orang blogger yang tersenarai sebagai pemenangnya..




hadiah nye dh tentu la topap rm3..
selain 2.. link pemenang juga akan berada di sidebar tuan punya blog tu selama sebulan..

erm.. best x adiah nye.. best kn..
lg sekali.. terima kasih kecikstudioz..

Monday, January 24, 2011

10 k..

"Jika anda seorang juruterbang, anda pasti tahu tempoh jam kredit yang perlu di habiskan bagi melayakan anda memiliki lesen membuat penerbangan.. Jika anda seorang pelajar universiti, anda juga pasti amat biasa mengenai selok-belok berapa jam kredit kah yang perlu anda habiskan bagi melayakkan anda menamatkan pengajian dan menerima ijazah dalam pengajian anda..

Namun berapakah jam kredit yang perlu anda habiskan untuk menjadi pembuat kuih karipap yang mahir? atau pemotong daging di pasar? 120 jam atau 1000 jam? Tahukah anda, dengan 10,000 jam kredit, anda mampu menjadi mahir dalam mana-mana bidang pekerjaan! Ya, itulah yang di kenal pasti oleh Malcolm Gladwell dengan teorinya 10,000 Hour Rule..

Ramai orang beranggapan, kecerdikan.. kepandaian.. bakat.. dan bermacam kelebihan istimewa yang dimiliki oleh manusia tertentu adalah suatu anugerah Tuhan ke atas makhluk-makhluk ciptaannya yang terpilih sahaja.. Malah kita juga seringkali mendengar dakwaan-dakwaan bahawa kecerdikan itu juga lahir dari genetik atau baka ibu-bapa yang cerdik.. Justeru, ramai yang berputus asa kerana tidak lahir dalam keluarga yang bijak pandai dan tidak memiliki bakat yang hebat..

Namun tidak ramai yang sedar hakikat sebenar bahawa, jika anda memiliki kecerdikan atau potensi sebagaimana Einstiens, Bethoven atau juga Adi Putra dan seumpamanya, sebenarnya juga tidak akan membawa anda kemana-mana tanpa usaha yang berlipat ganda!! Hal ini di buktikan oleh seorang penulis iaitu Malcolm Gladwell menerusi (Outliers) di mana beliau telah mengkaji dan mengenal pasti apakah faktor yang menyumbang terhadap kejayaan tertinggi seseorang individu, dan lahirlah teori yang disebut sebagai 10,000 hour rule..

Ya, mungkin ada yang pernah mendengar mengenai prinsip 10,000 hour rule jika anda pernah membaca Outliers.. Di dalam Outliers, Gladwell telah mengenal pasti beberapa individu terkemuka yang telah mengecapi kejayaan seperti Bill Gate yang berjaya mencipta kekayaan yang melimpah-ruah, The Beatles ikonik kepada music band boy, J. Robert Oppenhiemer seorang ahli fizik pencipta bom Atom.. Individu-individu terbabit bukanlah muncul hebat dalam tempoh satu malam.. Sebaliknya, sebagaimana yang di tekankan oleh Malcolm Gladwell, the greatness requires enormous time.. Untuk menjadi bagus memerlukan banyak masa.. atau dalam bahasa mudah, memerlukan latihan yang berterusan..

Menurut Gladwell, The Beatles telah melakukan persembahan pentas sebanyak 1200 kali di Hamburg, Germany secara langsung dalam tempoh 4 tahun!! (1960-19640) yang mana telah melebihi 10,000 jam waktu persembahan!!

Begitu juga dengan Gates, dalam tahun-tahun 1968, komputer bukanlah barangan yang boleh di perolehi setiap keluarga di Amerika Syarikat.. Sebaliknya komputer hanya di miliki secara bersama samada oleh komuniti penduduk atau persatuan-persatuan penduduk yang berbentuk keagamaan.. Dengan akses yang amat terhad, beliau juga telah menghabiskan masa 10,000 jam untuk melakukan kerja programming dan akses ke dalam komputer sejak berumur 13tahun lagi!!

Malcolm Gladwell sentiasa menegaskan berulang kali bahawa genius bukanlah segala-galanya dalam menentukan kejayaan.. Dengan mengambil contoh Christopher Langan, lelaki ini adalah seorang yang amat genius.. Tahap IQ yang di milikinya adalah melebihi Albert Einstiens dimana Christopher Langan 195 dan Einstiens hanyalah 150.. Namun, akhir hayat Langan hanyalah berakhir di ladang kuda.. Menurut Gladwell, C. Langan tidak mampu mengecapi kejayaan di sebabkan beliau di besarkan dalam suasana persekitarannya yang tidak mengizinkan untuk berjaya.. Langan bukanlah satu-satunya insan genius yang berakhir dengan kisah sedih, kita juga pernah mendengar nama-nama seperti Sufiah Yusuf yang genius suatu ketika dulu namun berakhir sebagai pelacur di England. Begitu juga Syukri Hadafi bekas anak angkat kesayangan Pak Ungku Aziz juga seorang genius suatu masa dulu dan berakhir sebagai penjual roti canai..

Mengakui apa yang di cetuskan oleh Gladwell mengenai teori 10 ribu jam, kembali kita bertanya berapa ribu jamkah yang telah di habisi oleh pembuat bakul barangan kraf di sarawak, penganyam tikar di sabah, penangkap ikan di langkawi, penoreh getah di baling, penyawit di kota tinggi sehingga memahirkan mereka?

-practise make perfect-


Sunday, January 23, 2011

semut oh semut..


Kita seringkali terdengar perumpamaan rajin seperti semut tetapi tahukah kita kenapa wujud perumpamaan sedemikian? Mungkinkah ada perumpamaan lain yang juga sesuai untuk semut?

Semut, makhluk Allah yang kecil, tetapi kecilnya seperti cili padi, pedas dan confirm berasap? kenapa ya?

Kalau kita perhatikan semut, semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus sehingga ia berjaya mencapai matlamat yang digenggam..

Analogi yang diberikan cukup mudah.. Bayangkan kalau ada cebisan makanan di lantai, dan cebisan itu saiznya jauh lebih besar daripada si semut, tetapi pernahkah nampak semut tidak mengerumuni cebisan makanan itu? Tidak bukan? Semut akan berusaha mengangkut cebisan makanan itu ke sarangnya sedikit demi sedikit sehinggalah habis..


Andai dalam perjalanan mengangkut cebisan makanan itu terhalang, semut akan berusaha sedaya upaya dan memilih jalan yang lain mungkin ke kiri dan mungkin juga ke kanan sehinggalah matlamatnya untuk mengangkut cebisan makanan tersebut ke sarangnya tercapai..

Kadang-kadang jalan yang dilalui si semut itu terhalang dek air, maka ia bersama kawan-kawannya saling berkerja sama membuat jambatan.. Jika semut-semut yang lain sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk jambatan akan merapat ke tepi..

SubhanAllah, Indahnya ciptaan illahi :)

Hakikatnya, semut mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam mewujudkan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan malahan ia tidak pernah kenal erti penat mahu pun lelah..

Sebagai perkongsian cerita, pada suatu masa dahulu ada seorang arab badwi pergi merantau kerana sesuatu keperluan.. Dia merasa sangat letih dan penat serta berputus asa.. Maka ia terduduk dan berfikir untuk kembali lagi.. Kemudian dia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut tersebut jatuh dan semut itu terus merangkak naik lagi ke atas batu besar itu berulang-ulang kali..

Setelah mencuba, akhirnya semut itu berjaya menaiki batu besar itu.. Melihatkan situasi tersebut, si arab badwi itu berkata " Saya sepatutnya bersabar dan berusaha keras lebih daripada semut tersebut.."

Akhirnya si arab badwi itu meneruskan perjalanannya dan berjaya sampai ke tempat yang ditujunya dan dia berkata "Cari dan raih, jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah bosan.."

Hebatkan si kecil bernama semut?

Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan semut mengumpulkan makanannya dari musim panas sehinggalah ke musim sejuk.. Oleh sebab semut tidak banyak keluar pada musim sejuk, maka makanan yang telah dikumpul hanya di makan apabila tiba musim sejuk ini..


Cara semut untuk memastikan makanan yang disimpan itu kekal elok, maka dengan kuasa illahi semut tersebut akan membelah biji bijian itu di tengah bagi memastikan makanan itu tahan lama..

Semut mempunyai sifat cekal dan kesabaran yang tinggi malahan kita wajar mengambil iktibar darinya.. Malah seandainya anda meletakkan sebuah batu ditengah-tengah jalan yang digunakan oleh kawanan semut, mereka tidak berundur sebaliknya mencari jalan lain dan berusaha sehingga matlamat itu tercapai..

Kalau dulu, saya hanya percaya perlu rajin seperti semut, tetapi kini saya percaya perlu gigih dan cekal seperti semut..

11 jenis manusia di doa Malaikat..


11 jenis manusia di doa Malaikat..

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman.. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan..

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar.. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.. sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat..

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci..

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat..

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia.. Ya Allah sayangilah ia..'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah..

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)..

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah..

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat..

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat.."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah..

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal..

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat..'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan..

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan.. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan..'"

9 . Orang yang membelanjakan harta (infak)..

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak.."

10. Orang yang sedang makan sahur..

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit..

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat.. WAllahu'alam.. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.. InsyaAllah.

Peringatan.. Solat itu wajib, jgn biarkan diri dimamah usia dengan kekosongan rohani.. Isikanlah dengan zat-zat yang berguna.. Sebaik-baik rumah adalah Syurga.. Sewanya dibayar dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah..

Seburuk-buruk tempat adalah neraka.. Hindarkanlah dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.. Kubur yang luas kerana solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.. Kubur yang sempit kerana tidak solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.. Lakukan sebaik mungkin yang wajib, insyaalah yang sunat pun akan berkat.. Amin..

Saturday, January 22, 2011

Contest RM3 untuk 10 Pemenang

ok.. second contest utk tahun 2011..

Menangi topap RM 3 dari KecikStudioz

Bukan untuk seorang, bukan 2 orang, dan bukan 5 orang.. Tetapi untuk 10 orang pemenang yang akan dipilih secara Rawak..

Saya tidak memilih Had Umur, Blog cantik ke tak, traffik tinggi ke tak, owner lelaki ke perempuan.. Tetapi pemenang akan dipilih mengikut rezeki masing-masing.. Saya akan memilih berdasarkan Rangking 1-10 melalui Random.org

Peraturan adalah sangat mudah dan memakan masa 1 minit sahaja dan anda boleh menang topap RM3..

Sebelum ini saya memikirkan untuk memberi RM10 untuk 3 orang pemenang sahaja, tetapi saya mahukan ramai pemenang.. Kerana saya ingin anda merasakan keseronokan apabila anda menang.. KecikStudioz

Syarat-syarat peraturan yang mudah, iaitu :

1) Pastekan sahaja Ayat pendahuluan dan Syarat peraturan (jika anda ada bakat menulis, dipersilakan)

2) Amik Kod di bawah ini, pastekan dekat sidebar.. ( nanti akan ada gambar terpampang di belah atas blog anda)

3) Tagkan ke 3 orang blogger yang anda kenali..

Contest ini berlangsung selama 2 minggu dengan anggaran 20 pernyertaan dan lebih.. sehingga 23 Januari 2011..


Pastekan Kod Ini

10 Pemenang akan mendapat :

- RM 3, topap

- dan link anda akan berada di SIDEBAR selama sebulan


orang yang di tag adalah:

1) fawa

2) adhar

3) noin

Thursday, January 20, 2011

Wanita Tulang Rusuk Kiri Lelaki..


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku..

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.

Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya..

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.. Hidup mereka menjadi membosankan..

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!"

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat..

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing"

Lima tahun berlalu.. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.. Dia pernah berkahwin dengan seorang lelaki asing dan bercerai..

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya.. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA..

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali.. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan..

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik.. Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum..
WANITA: Saya akan terbang ke Mekah dengan penerbangan berikut.. Saya akan kembali 2 minggu lagi.. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah..

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA maut dalam satu kemalangan.. Malam itu, sekali lagi.. LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodoh dia patah-patahkan..

* Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.. Dan akibatnya adalah penyesalan.. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat..*

*Kerana itu,jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kita ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai..*


*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? *

Wednesday, January 19, 2011

Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool..

ok.. ni first time sha join contest..
sebelum ni ada dpt taq dr kwn2 tp..
sha x rasa nk join.. mgkn sbab x bersedia..

tp bila baca je psl contest ni terbuka plak ati nk join..
bunyi nye mcm menarik..

nk join.. klik sini..
tarikh tutup : 25 March 2011

jd.. gmbar yg sha pertandingkan adalah:

jeng.. jeng.. jeng..

yg ni..

dan yg ini..

so.. 3 org yg sy nak tag adalah..
sape ek??
erm....

ok..

1) Amiey white
2) Lavendar harum wangi
3) Fatin zyto

korg.. jom la join contest ni.. =) =) =)

Tuesday, January 18, 2011

marilah kita bersama-sama tauladani kisah ROMANTIK RASULULLAH SAW bersama isterinya..


Rasulullah SAW adalah contoh terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami.. Baginda romantik kepada kesemua isterinya..
disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi"..

Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian.."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin.. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain.. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama..

Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya".. Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing..

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:
"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka"

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah.. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka..

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga..

Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat.. begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa..

Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga..

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman.."

Aamiiiiin Ya Rabbal 'Alamin..

I B U..


Baca dan hayati kisah di bawah ini.. Fahami mesej yang cuba disampaikan..
Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat..


Adalah dikisahkan.. pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata..


Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah..”


Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu.. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya..”


Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa.. Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia..”


Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari.. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana..”


Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka??”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar.. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian.. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata..”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”


Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu..”


Bayi bertanya lagi: ''Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat,. Siapa yang akan melindungi saya nanti??”


Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya..’


Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu..”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu..”


Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran..

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu??”


Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”.. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu.. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa.. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat..


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar.. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu..


Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :


1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan..

2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu..

3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu..

4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu..


Sekian, semoga dapat sikit sebanyak manfaat daripada coretan in..

Monday, January 17, 2011

along.. abang..

(DAPAT DARI MEMBER)
saje share utk sape2 yg belom baca lg..

Note ni khas utk abg aku n abg2 yg ade adek2 sekelian..
kite copycat dialog iklan digi jap..

ADEK: Kenapa abg selalu buli akuuu?? (sile bygkan die tgah ckp dgn nada marah)

ABANG: SEBAB AKU KAN ABANG!!!.. hahaha..

WAAA.. x suke dialog nie.. sebb dialog nie pernah, tengah n akan sentiasa hantui aku kat mane2 aku pergi.. cisciscis.. kenape ko lahir untuk buli aku haa??

dear my abg,
aku tulis note ni tuk ko sebab aku rase aku taw kenape ko selalu buli aku.. yela ko kan lelaki.. mmg suke buli adek pompuan yg lemah cam aku ni kan kan kan?? kenape ko suke larang aku bwat sumtin tp ko sendiri yg bwat?? cuba tengok balek ape yg ko buwat tp ko x kasi aku bwat.. cis.. nah ko!.. haha..

mse kecik2 ko slalu ckp cmnikan..

" ko ni.. seboklah! aku nk pergi mane2 pon ko nak ikut.. duduk jela kat umah.. xyah pegi mane2"

waaa.. bengang aku time nie.. adeke abg ak ckp kat aku cmni.. cis.. ble aku nak kuar pegi mane2 ngn kawan ko x bg.. tp ko tu.. pegi kuar tiap2 hari lepak2 kat luar xpe pulak.. hesh..

tp aku taw sbnrnye dlam hati ko nak ckp cmni,

"abg x nk ko kuar.. mcm budak2 popuan len kat luar sane.. ko tu pompuan.. sorg je adek abg.. abg xnak nnti ko jd liar n kene heret ngn jantan2 tapahape kat luar tu.. lgpon pompuan x elok slalu kuar2 sgt.. kan bhye.. n abg x kesahla ko nak marah abg ke ape.. ko x nampak lagi dunia luar tu cmne.. so abg kene la protect adek abg.. abg ckp cmtu sbb aku syg ko.. ko kan adek abg.. =)

pastu ade lagi, mase sekolah menengah ko ckp cmni...

"Ko jgn berani nak kapel2.. klau aku dpt taw.. aku lempang ko ngn jantan tu aku lunyai2 kan.."

aku jawab cmni "eh mana ade'' (haha.. tp sory la ek dulu aku jahil lagi xnak dengar ckp ko.. xpe skrg aku dah dengar)

eleh ko.. punyela mara klau dpt taw aku kapel.. ko tu, dulu playboy.. asek2 cter kat aku name makwe baru ko.. apekah ini?? sumph takut tengok muke ko mase dpt tau tu.. hahaa teros break.. ko interview laki tuh mcm ko ni polis n laki tu penjenayah plak.. haha..

tp aku taw sbnrnye hati ko nk ckp cmni..

"abg bukan ape.. ko ni.. jgn cepat sgt percaye laki nie.. dorg sume bukan nye boleyh percaye.. abg byk kawanlaaaa.. abg x nk la adek abg pilih org tapahape.. ko tengok abg pon ko dah tahu.. abg playboy.. abg taw ko kuat nanges.. so.. xnak la adek abg nanges sebb bnda2 bodoh cmni.. abg xnak la adek abg sedih.. ko ingt abg ske ke ade laki len gedik2 ngn ko.. dorg tu sume x ley pakai tue.. klau ko nk taw laki yg terbaek tuk jage ko adelah aku.. hahaha.. yelaa.. aku kan abg.. selagi ko x kawen.. abg yg jage ko taw tak!.. =)

ade lagi.. ko ckp cmni "weyh, aku lapar ni.. ko masak cepat.. aku nak air sekali.. ko letak ais byk2.. aku nak yg sedap2 punye.. aku x ske tawar2.." lepas dah makan.. boleyh plak ko ckp cmni ek.." weyh.. basuh pinggan jangan biar dapur sepah2"..

waahhh.. koo.. melampau nie.. ko ingat aku nie hamba abdi ko ke?? pemalasnye ko.. cis..

tapi ak taw sbnrnye dalam hati ko ko nk ckp cmni,

"adikku, abg sebenarnye nak latih ko jd istri mithali ni.. manela tau nnti ko dpt husbad suke suruh2 org mcm die tu bos besar ke apeke.. manela tau dulu husband ko mase kecik2.. sume mak die bwatkan utk die smpai suar kecik die pon mak die basuhkan.. sekurg2nye ko da ready.. kan kan kan?? haaaa.. mesti time ni ko bwat smbil pejam mate je kann? hehe mase tu konfem ko nak bwat tepuk2 time kaseh kat abg.. alaaa.. yg mcm ko bwat mase ko masuk krs dulu tue.. xkan ko lupe.. adoi.. abg pon ingat kot.. ish.. abg nk ko jd istri n mak yg baek.. kan abg dah train ko ckup2.. hehehe.. see abg syg ko taw tak =)

lagi2 ko ckp lagi kat aku..

"Ko xyah nk kenal2 ngn kawan aku wlaupon kwan aku hensem2.. aku x ske ko knal dorg.. tp aku knal kawan ko x pe.. sebb kwan ko cun2.. boley aku try.. haha.."

ko ingat aku nak sangat ke kwan ngn kawan2 ko tue.. x heranlaaa.. kwan2 aku da ramai.. ko tu yg penyebok usha kwan aku nk try market.. x malu ke? hahaha..

tp aku taw ko sbnrnye nk ckp cmni,

"abg bukan ape, kwan2 abg tu sume x ley pki.. giler.. tapahape.. ko tu baek.. x sesuai kwan ngn kawan abg.. dorg tu pelik2.. harap muke je.. perangai.. harammmm.. abg nak protect ko nie.. abg harap ko pham.. sbab aku kan abg ko =)

n lagi3.. ko ckp cmni..

"KO ni kenape ek?? slalu bwat aku marah.. dah pergi blah!!"

eleh.. ko ingt ko tu x penah bwat aku marah ke?? eee.. aku pon menyampah tengok muke ko.. cis

tp aku taw ko nak ckp cmni,

"abg nak ko biase kene mara.. so nt ko boley face life ko x kire apepon berlaku.. ko tak taw lagi.. dunia nie cmne.. mmg ko dah besar.. tp bg abg ko still adek abg yg gedik n manje mcm budak kecik.. and abg syg giler2 kat ko.. mati pon abg sggup.. so abg nk ko jdi kuat macm iron woman.. hehe.. abg x nk la ko mudah sgt jatoh.. pastu x ley bgun2 dah.. yea.. abg jahat ngn ko.. sebb abg nk ko jd budak bek.. jgn risau ko bek sgt.. tp ko ade nakal sket sbb ko suke kenekan abg depan mak ayah.. ko pandai amek ati mak ayah.. abg jeles ngn ko.. tp papehal pon ko tetap adek abg.. abg bwat ko cmni sebb abg harap nnti ble abg da x ley jge ko.. ko taw cmne nak jge diri sendiri.. sory la abg slalu buli ko.. tp kan tgungjawab abg besar taw.. smpi mati pon dose ko abg tggung.. so.. jdilah perempuan terbaek.. sbb nt ko boleyh tarik abg masuk syurga.. kan aku abg ko =)

waaaa.. abg aku cmni rupenye ek.. along, aku syg ko.. =)

to all abg2 yg ade adek pompuan kat luar sane.. jagelah adek korg baek2 mcm abg aku (walaupon aku slalu saket ati ngn die.. ish) n pade sume adek2 perempuan mcm aku.. kite beruntung sebb kita ade abg.. trust me.. cmne pon dorg.. dorg akan protect korg ckup2.. smpi dorg rase ade org yg sesuai tuk protect korg.. jadi.. sayangilah abg anda.. =)

Sunday, January 16, 2011

cinta abadi..

sebagai umat islam, cinta paling utama yang wajib kita letakkan didalam hati kita dan yang akan menjadi tunjang kepada cinta yang lain adalah cinta kepada Allah SWT.. Kenapa perlu kita mencintai Allah??

kerana Allah yang menjadikan kita, memberikan kita kesempatan untuk hidup dan beramal kepada-Nya..

kerana akhirnya kita akan kembali kepada Allah.. dan dunia ini adalah sementara dan tidak kekal, akhirat lah yang kekal.. kehidupan di dunia ini hanyalah suatu tempat persinggahan sebelum kita meneruskan kehidupan di alam akhirat, didunia inilah masanya untuk kita mengumpul sebanyak mana 'harta' yang membolehkan kita menempah tiket ke syurga.. dengan itu, setiap apa yang kita lakukan didunia ni, biarlah dengan niat yang baik, niat untuk beribadah kerana Allah..

setiap perkara baik yang kita lakukan, berserta dengan niat kerana Allah, insyaAllah akan dikurniakan ganjaran olehNya..
solat kerana Allah.. puasa kerana Allah.. zakat kerana Allah.. study kerana Allah.. kahwin kerana Allah.. bersahabat kerana Allah.. etc.. cinta kepada manusia yang lain juga haruslah berpandukan kepada cinta kepada Allah.. "aku mencintaimu kerana Allah.." "aku ingin menjadikan kamu sebagai isteriku kerana Allah.. "memilih calon isteri/suami bukannya melalui paras rupa yang menawan, harta dan pangkat dan sebagainya..

lihat kepada agama, budi bahasa nya dan jugak keserasian..
Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi, “Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).. jelas menunjukkan bahawa agama merupakan faktor yang paling penting sekali dalam pemilihan seorang isteri..

selain dari itu, kalau saya, saya jugak melihat kepada keserasian.. kalau tak serasi, susah jugak untuk meneruskan bahtera suatu perkahwinan itu..
cinta kepada manusia yang tidak berlandaskan kepada cinta Allah sememangnya seronok bagi pasangan yang belum berkahwin tapi apabila dah berkahwin, cinta itu dah tak seronok dan semakin lama semakn pudar.. kerana apa?? kalau sebelum kahwin dah pegang sana pegang sini, buat itu dan buat ini, apa lagi yang tinggal untuk dibuat bila dah kahwin nanti?? semua benda dah pernah buat dan rasa, nikmat cinta pun sudah semakin kurang, lama-lama mula lah si suami pukul isteri, cari wanita lain dan sebagainya..

kalau kita memilih untuk mencintai manusia kerana Allah, kita bercinta selepas kahwin..
bayangkan betapa banyaknya yang kita boleh buat bersama, almaklumlah baru nak bercinta.. keluar dating bersama, makan bersama, buat itu dan ini bersama, alangkah indahnya cinta itu kan.. apatah lagi jika cinta itu terus disulamkan dengan cinta ilahi.. mashaAllah.. alangkah indahnya..

semoga kita dijauhkahkan dari perkara zina dan maksiat, dan perkara2 yang membawa kita ke arah zina dan maksiat..
jika batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita dijaga sebelum kahwin, insyaAllah Allah akan redha dan mengurniakan barokah kepada kehidupan kita.. insyaAllah..

jom, sama-sama mengejar cinta ilahi.. Walaupun ia sukar dan memerlukan pengorbanan dan usaha yang sungguh2.. teruslah berusaha.. kerah tenaga.. berdoa dan bertawakal lah.. moga Cinta Ilahi dapat kita kecapi..

YA ALLAH dekatkan aku dengan apa saja yang mendekatkan aku dengan CINTAMU.. AMIN..

Wednesday, January 12, 2011

kenangan lama sentiasa di hati..

hello smua.. entry ni sha buat khas utk kwn2 sha dkat matrik perak dulu..

korg tau tak kenapa sha buat entry ni.. sbab sha terlalu rindu sgt kt korg..
sha tak pernah lupa semua kenangan dgn korg..
kadang2 sha selalu terpikir yg kita ni akn berjumpa lg tak satu masa nanti..
atau perjumpaan kita dekat kmpk dulu, itu yg terakhir..

bnyk sgt kenangan dgn korg..
kdg2 bila sha ingat balik.. ada yg buat sha ketawa.. ada jgak yg buat sha menangis..
korg tau tak.. sha heppy sgt dpt kenal korg.. korg mmg best..

erm.. yg paling sha rndu.. msti korg tau kn.. msti la amie..
kt matrik dulu kn sha rapat sgt dgn amie.. amie.. sha rndu sgt2 kt amie tau..
teringin nk gelak ketawa dgn amie mcm dulu..
sha tak tau la sama ada amie baca atau tak entry sha ni.. tp andai kata amie baca..
sha nk bgtau kt amie yg amie la kwn terbaik sha.. nombor 1.. dunia dan akhirat..
sha harap sha dapat jumpa amie 1 hari nnti.. amin..

erm.. ika n sulie.. (sorie curi gmbr kt fb) hehe..
gmbr korg ada kt sha tp tak leh letak kt sini coz paham2 je la..
best sgt tau kwn dgn korg.. korg mmg sempoi..
korg tau tak bila sha teringat kt korg.. mesti sha ketawa giler.. kelakar..
sulie dgn kepala giler2 nye.. ika plak selaku mak kt kmpk 2.. bila ika marah, mmg sha takut..
serius ni.. tak tipu tau.. ha3..
ika.. sulie.. sha teringin nk jumpa korg.. korg rasa kita akn jumpa lg tak bile2..

seterusnya.. cik latiffah..
pah.. rindu kt mu pah.. asal kecek dgn mu ja msti kuar sleng klate..
ok back 2 proper bm.. he3..
bila ingat tipah msti ingt bio.. ye la pah.. kita rapat pon sebab bio kn..
ingt lg waktu awl2 masuk matrik dulu.. 1st time tipah jmpe sha sbab nk tnye cmne nk tulis surat kt pengarah nk mntak tukar ke sains hayat.. ha3.. sha ingat lg tau..
sian kita pah.. kita je la 2 warga bio yg dikelilingi dgn ramai warga fizik..

ya!!! erm.. sha kenal ya pon dari amie.. kn3..
erm ingt lg dulu waktu turun g cafe sama2..
waktu ya tidow blik ktorg..
paling best skali waktu main game.. hahaha..
rndu smua 2 ya..

erm semua tu satu memory yg sha tak boleh nk lupakan..
AMIE.. IKA.. SULIE.. TIPAH.. YA..
Rndu sgt2 kt korg.. harap sgt yg kita akn berjumpa 1 hari nnti..
amin.. amin.. amin..

entry khas.. =)

ok.. entry ni sha buat sbab nk bg special award utk cik yayaieyaraella.. sebab nya adalah cik yayaieyaraella telah menjadi 50th followers sha.. thanks dear..

award ni sha buat specially for you.. harap sudi terima.. =)




p/s: dear nape x tnggalkan link blog??

Tuesday, January 11, 2011

khas utk mereka yg ''bercouple''..


Di suatu malam depan panggung wayang..

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td.. kelakar je cerita tu.. xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan.. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td..
Nobita : A’ah.. btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni..
Sizuka : Klau xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy.. mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik.. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je.. kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar.. kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik.. knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak.. sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu..
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg.. Meh sini, duduk sebelah sy.. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk..
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni? huu..
Nobita : Takpe de.. awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je.. bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak..
Nobita : Alaa.. upload la terus dalam fb..
Sizuka : Eh.. boleh ke.. xelok la wak.. gambar tu dah la awk & sy je.. yang ke-3 syaitan.. pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat.. xmalu ke? huu..
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..
Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg.. syg sangat2 tau.. haa..
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh.. mcm ajak bergurau je.. nak sy kiss pipi awk tu ke syg? hehe..
Sizuka : Ish.. apa ni? Teruknya pemikiran awk.. huu..
Nobita : Eh.. errr~ huhu
Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin..
Nobita : Eh..mestila! hehe..
Sizuka : Tapi awk tipu sy! huu~
Nobita : Eh.. kenapa plak sy tipu awk??

Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun.. awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy, ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam..

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini.. awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..

awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan.. then, nak heboh kat 1 dunia.. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat.. awk ada ilmu agama.. klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..

tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy.. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy.. tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah... awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk.. awk sedar x semua tu???

Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah.. dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah.. ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x?? awk jaga sy x?? x kan.. awk bawa sy kearah keburukan.. awk sedar x semua tu???

Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk.. nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan.. huuu~

Suasana bertukar menjadi suram.. sehinggalah nobita mula meluah perasaan..

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple dgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik.. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah.. Perubahan awk turut merubah diri sy.. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali.. Nobita y menjaga sy dgn baik.. Sy tunggu Nobita tu.. tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia.. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi.. awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan.. kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah.. cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia.. menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan.. seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan.. beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab.. wallahu’alam~]

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this