Pages

Tuesday, December 28, 2010

peribahasa arab..

ok.. jom blaja peribahasa arab.. selama ni kita guna peribahasa melayu je kan..
so jom plak cuba peribahasa arab ni.. (",)

قد يجمع المال غير آكله . . ويأكل المال غير من جمعه
Kadang2 org yg mengumpulkan harta tak akn memakannya dan orang yg memakan harta itu bukan orang yg mengumpulkannya..

لا تنظر إلى صغر الخطيئة .. ولكن انظر إلى عظم من عصيت
Janganlah kamu memandang kepada kecilnya sesuatu dosa yang dilakukan tetapi pandanglah kepada kebesaran yang ada pada Dia(Allah) yang engkau lakukan dosa kepada-Nya..

إن الذي يصحبك لا ينصحك والذي ينصحك لا يصحبك
Sesungguhnya orang yang selalu bersahabat dengan mu tidak akan menasihatimu dan orang yang selalu menasihatimu tidak akan menjadi sahabat mu..

يختبر الذهب بالنار وتختبر المرأة بالذهب
Emas diuji dengan api tetapi perempuan diuji dengan emas..

أخر زوجات النبى هى ميمونة بنت الحارث رضى الله عنهما
Isteri Rasulullah s.a.w yang terakhir ialah Saidatina Maimunah binti Haris r.a

Al-Quran mengandungi 114 surah,6236 ayat,79000 perkataan,323670 huruf dan 14 ayat tempat sujud..

الشجرة التى تعيش الف عام شجرة الزيتون
Pokok Zaitun adalah pokok yang hidup sehingga 1000 tahun..

اطول عظمة فى جسم الانسان عظمة الفخذ
Tulang paha merupakan tulang yang paling panjang dalam anggota manusia..

خير الكلام ما قل ودل
Sebaik-baik percakapan itu ialah ringkas dan padat (bermakna)..

الرجل لاينسى اول امراة احبها والمراة لاتنسى رجلا خانها
Lelaki tidak dapat melupakan perempuan yang pertama dicintainya sementara perempuan tidak dapat melupakan lelaki pertama yang mengkhianatinya..

أغبى امراة تستطيع ان تخدع اذكى رجل
Sebodoh-bodoh perempuan akan dapat memperdaya sepandai-pandai lelaki..

لا تصحب من لا يرى لك من الحق مثل ما ترى له
Jangan kamu bersahabat dengan orang yang tidak dapat melihat kebenaranmu sebagaimana kamu dapat melihat kebenarannya..

لا يفرح الإنسان لمجرد أن حظه سعيد فقد تكون السعادة طريقًا للشقاء
Janganlah seseorang insan itu terlalu gembira dengan sesuatu kebaikan yang didapati kerana kadang2 sesuatu kebaikan itu mungkin akan membawa kepada keburukan..

عامل الناس كما تحب ان يعاملوك
Buatlah kepada orang lain apa yang kamu hendak orang lain lakukan kepada mu..

استقبال الموت خير من استدباره
Berdepan dengan maut itu lebih baik daripada melarikan diri daripadanya..

العلم عند الصغر كالنقش على الحجر
Mengajar sesuatu ilmu kepada seseorang sewaktu kecil ibarat mengukir di atas batu..

الصلح بعد العداوة أطيب من الحلاوة
Perdamaian selepas sesuatu permusuhan lebih manis daripada madu..

اذا اردت ان تحيا بعد موتك ... اكتب شيئاًيستحق ان يقرأ
Jika kamu ingin hidup sesudah mati, maka tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca oleh orang lain..

والمهاجر من هجر ما نهى الله عنه
Dan orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan apa yang Allah larang..

من لا يرحم لا يرحم.
Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain maka ia tidak akan dikasihi..

ليس العمى طول السؤال وانما تمام العمى طول السكوت على الجهل
Tidaklah bodoh orang yang panjang soalannya tetapi orang bodoh itu ialah orang panjang diamnya drp kejahilan..(tidak bertanya)

لكل مقام مقال
Cakap biar bertempat..

قلب الجاهل وراء لسانه و لسان العاقل وراء قلبها
Hati seorang jahil di sebalik lidahnya(kata-katanya) tetapi lidah seorang yang berilmu di sebalik hatinya..

غاب القط العب يا فار
Apabila tiada kucing, maka tikus pun menari..

شباب دون أخلاق كالشجر دون أوراق.
Pemuda tanpa akhlak bagaikan pokok tanpa daun..

في العجلة الندامة و في التاني السلامة
Gopoh - gapah itu akan membawa kpd penyesalan dan tertib - tenang itu membawa keselamatan..

المرء حيث يضع نفسه
Seseorang itu tergantung kepada di mana ia letakkan dirinya..

من استوى يوماه فهو مغبون
Barang siapa yang hari-harinya sama sahaja iaitu tiada perubahan atau penghijrahan maka dia adalah tergolong daripada orang yang terpedaya atau tertipu dengan keseronokan dunia..

مرارة الدنيا حلاوة الآخرة .. وحلاوة الآخرة مرارة الدنيا
Kepahitan dunia adalah kemanisan akhirat dan kemanisan akhirat adalah kepahitan dunia..

صديقك من يصارحك بأخطائك لا من يجملها ليكسب رضاءك
kawan anda ialah mereka yang memberitahu kesalahan anda bukan mereka yang mencantikkan kesalahan anda untuk mencari keredhaan anda..

لا تنظر إلى من قال، وانظر إلى ما قال
Jangan pandang kepada orang yang memberi nasihat (dari segi statusnya) tetapi lihatlah apakah yang dinasihatinya.. Kata-kata Saidina Ali

شر الناس من لا يبالي أن يراه الناس مسيئا
Sejahat-jahat manusia ialah orang yang tidak mempeduli orang lain melihat kejahatan yang dia lakukan..(Tiada perasaan malu)

شرُّ الناس من
باع آخرته بدنياه، وشرُّ منه من
باع آخرته بدنيا غيره
Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang menjual akhiratnya kerana dunianya dan yang lebih jahat ialah mereka yang menjual akhiratnya kerana dunia orang lain..

الناس أبناء الدنيا , ولا يلام الرجل على حب أمه
Manusia itu anak kepada dunia ,sebab itulah manusia tidak boleh lari daripada mencintai ibunya(dunia)..

كل اناء يضيق بما فيه الا وعاء العلم فانه يتسع .
Setiap bekas akan menjadi smakin sempit setelah diisi dgn sesuatu kecuali bekas ilmu ia sentiasa menjadi semakin luas..

لا تكرهوا أولادكم على أخلاقكم , لأنهم مخلوقون لزمان غير زمانكم
Jangan kamu benci dengan perangai anak2 kamu kerana mereka hidup bukan di zaman kamu..

كثرة الطعام تميت القلب , كما تميت كثرة الماء الزرع
Makan banyak merupakan punca matinya hati insan sebagaimana pokok akan mati apabila banyaknya air..

اذا خرجت الكلمة من القلب دخلت في القلب ، واذا خرجت من اللسان لم تتجاوز الآذان
Sekiranya sesuatu perkataan itu(nasihat) keluar dari hati(ikhlas) maka ia akan masuk ke hati tetapi sekiranya sesuatu perkataan itu keluar dari mulut sahaja (tidak ikhlas) maka ia akan masuk ke telinga sahaja( tidak memberi faedah)..

الإخوان ثلاثة ..أخ كالغذاء تحتاج إليه كل وقت ، وأخ كالدواء تحتاج إليه أحياناً ، وأخ كالداء لا تحتاج اليه أبداً.
Sahabat itu ada 3 jenis iaitu: seperti makanan yang kita perlu kepadanya setiap masa, seperti ubat yang kita memerlukannya pada masa tertentu sahaja, seperti penyakit iaitu yang kita tidak perlu langsung kepadanya.. Kata-kata ahli falsafah

من زاد في حبه لنفسه ... زاد كره الناس له
sesiapa yang lebih mencintai dirinya maka manusia akan lebih membencinya..

الثروة تأتي كالسلحفاة وتذهب كالغزال
Kekayaan itu datang kepada kita seperti kura-kura(lambat) tetapi pergi meninggalkan kita seperti rusa (laju)..

إذا كان الكلام من فضة فالسكوت من ذهب
Sekiranya percakapan itu adalah perak, maka berdiam diri itu adalah emas..

اربع خصال تميت القلب: كثرة الضحك، كثرة الأكل، كثرة النوم، و كثرة
الكلام
Empat perkara yang boleh mematikan hati : Banyak ketawa,banyak makan,banyak tidur dan banyak cakap..

مثل الدنيا كمثل ماء البحر، كلما شرب منه العطشان ازداد عطشاً حتى
يقتله
Dunia ini ibarat air laut setiap kali orang yang dahaga meminumnya tidak akan menghilangkan dahaga tetapi bertambah dahaga sehingga apabila ia diambil dalam jumlah yang banyak ia akan membawa kematian..

روى البخاري ومسلم عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: " ليس الشديد بالصرعة إنما الشديد الذي يملك نفسه عند الغضب " .
Bukanlah dinamakan kuat dengan bergusti, tetapi orang yang kuat itu ialah yang dapat mengawal dirinya ketika marah..

أعرف الناس بالله أرضاهم بما قسم الله له
Orang yang paling mengenali Allah s.w.t ialah orang yang paling redha dengan apa yang telah Allah kurniakan kepadanya yakni qada' dan Qadar-Nya..

Antara tabiat wanita yang sukar dibuang ialah suka menceritakan sesuatu rahsia kepada kawannya dan meminta kawannya supaya jangan menceritakan rahsia itu kepada orang lain..

Monday, December 27, 2010

dapur dan masjid..

Artikel ni sy dapat dr lecturer sy..
ok.. Berapa ramai lelaki yg boleh menjadi imam??
Kalau perempuan tak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar..
Kalau lelaki tak boleh jd imam kita relax je..
jgn diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nk kahwin dgn awk!"
Begitulah kata seorang lelaki pd seorang gadis..
Maka jawablah si gadis ayu itu yg dia tak sempat belajar memasak sebab dr kecil tak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pd pelajaran je..
tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tak sempat turun ke dapur membantu ibunya
..
"Habis sekarang kenapa tak belajar?" Tanya Si lelaki lg dengan penuh angkuh dan bersemangat..
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dgn kerjaya sy juga sibuk belajar agama, jd belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yg membuatkan lelaki td menggeleng-geleng kepala..
Baginya tak sempurna seorang wanita jika tak tahu memasak..

Wanita sepatutnya buat begitu juga..
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam..
Walau ada yg kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yg hidup bujang seumur hidup..
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan "hendak memikat suami, perlu pikat seleranya" sering diguna pakai..
Tak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya..
Sekarang bukan asing lg gaji isteri lebih tinggi daripada suami..
Namun kedudukan suami sebagai raja tak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam..
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu..
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal..
Jika handal bukan setakat masak utk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak utk tiga pasukan bola.. Begitulah standard yg telah ditetapkan..
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga..
Kalau tak pandai jadi imam, belajarlah.. Mula-mula jd imam kepada keluarga sendiri, dah terror boleh mengimami satu taman perumahan..
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu boleh ke jd imam?"
Berapa kerat lelaki yg menjadikan jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yg satu ini..
Ternyata ramai yang menjawap tak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal..
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri.. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam..
Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami..
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tak goyah atau menjadi mangsa queen control..
Kalau tak pandai, belajarlah sekarang.. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki..

*pesanan utk bakal suami sy.. http://www.cute-smiley.com
kt mne pon awak berada.. sape pon awak.. xkesah la.. asalkan lelaki.. sy nk jd makmum awak.. nk aminkan doa awak.. xpndai doa arab pon xpe.. sy pon xpaham.. doa bm dh cukup.. asalkan ikhlas.. laju je sy aminkan..

a
wak doa sy aminkan.. sy masak awak makankan.. http://www.cute-smiley.com

Sunday, December 26, 2010

tahniah MALAYSIA..

sesungguh nya sy mmg sgt2 excited coz malaysia menang menentang indonesia sebentar td..
tahniah buat Malaysia.. x lupa gak tahniah kpd pemain2 malaysia..

keputusan muktamad nya adlh 3-0..
3 utk malaysia manakala 0 utk indonesia.. =)

ok gol yg pertama dijaringkan oleh safee sali yg menyarungkan jersi bernombor 10 pada minit ke-60..

Gol kedua plak dijaringkan oleh ashaari shamsudin pada minit ke-67.. pemain ini menyarungkan jersi bernombor 26..

dan gol ketiga sekali lg dijaringkan oleh safee sali.. pd minit ke-73..
tahniah.. tahniah..

harap kecemerlangan ni diteruskan dan diperbaiki utk skali lg menentang indonesia di Jakarta..

kekasih hatiku.. =)

ok2.. sila baca.. jgn x baca.. (,") ('',)
Kali ni sy nak kongsikan kisah tentang KEKASIH sy? (sy taip huruf besar tu sebab sy terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya.. Betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu.. Apa taknya, masa sy susah, minta tolong sajalah pada DIA.. Pasti akan datang bantuan.. Bila sy susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh !!

Yang bestnya tu, bila sy dah ngadu kat DIA, terasa peace aje.. For surelah.. KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni... tak pernah nak sakitkan hati sy.. Bila-bila masa aje sy boleh contact DIA.. Yang seronok tu, sebab memang betul2 rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?

DIA tak kisah pun kalau sy tak ingat kat DIA.. Tapi rugilah sy.. Sebab, kalau sy ingat & contact je DIA, sure macam2 la yang sy dapat.. Tak kiralah, material ke.. spiritual ke... emm memang kekasih sejatilah tu! Bila sy rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu.. Macam2 nasihat ada dalam tu.. Siap bagi contoh lagi nak suruh sy faham..

Sebelum ni, sy pernah gak frust.. Memang sedih giler la masa tu.. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH sy yg ni lain, DIA tak kisah pun dgn cerita sy frust tu.. Siap bagi semangat lagi.. DIA takde jeles pun.. Cuma sy je yang jeles dengan DIA.. Memang ramai ygjatuh cinta dekat DIA.. So, sy pun kenalah usaha betul-betul.. Kata orang putih ~what you give, you get back~

So, kalau sy usaha lebih sikit, sy dapat lebih la, kan? KEKASIH sy ni baik sangat2.. Perfect! Tu yang kadang-kadang sy tengah2 malam pukul 3-4 pagi tu pun, kalau sy terjaga, sy sure akan contact DIA.. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH sy ni kaya.. millionaire.. billionaire dan entah apa-apa naire lagi.. tu yang pemurah sangat tu.. Semua keperluan hidup sy, DIA yang support.. percaya tak?

Free of charge.. tapi sy tak sedap hati la.. mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak sy kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la.. pastu pandai2 la membalas budi.. tu yang buat sy sanggup berkorban apa sahaja.. cheewah! DIA suruh sy belajar sungguh-sungguh.. Kalau boleh belajar semua ilmu.. Sebab, KEKASIH sy ni memang cerdik+bijak+genius dan lain-lain.. DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang sy buat semua sia-sia.. DIA pun tambah sayang kat sy kalau sy rajin belajar..

Malu la sebenarnya nak cakap ni.. Emm... sy sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun.. Belum bersedia la.. tapi KEKASIH sy ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa.. Sekarang ni menghitung hari la sy ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! sy mesti prepare awal2..
Daripada surat2 DIA yang ada tu, sy tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka.. Mestilah sy nak buat apa yang DIA suka, jadi DIA tambah2 sayang la kat sy, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang sy tak pernah terfikir pun!

Ish! Rindu sangat dah ni! kekasih.. sy berjanji, sy akan pertahankan cinta suci ini.. Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini.. Tidak sama sekali..

Walaupun tak pernah berjumpa, sy tetap bahagia.. Itulah kekasihku.. Allah SWT.. cinta teragungku..

Saturday, December 25, 2010

Merry Christmas..


We wish you a Merry Christmas..
We wish you a Merry Christmas..
We wish you a Merry Christmas and a Happy New Year..

hu3.. selamat menyambut hari krismas kpd semua rakan2, guru2, atau sesiapa shj yg menyambutnya.. hope u have the best Christmas with ur family this year..

ok.. korg nk tau tak apa yg sy suka bila christmas..
hmm.. x lain dan x bukan.. sy suka menghadap tv..
tak tau la npe.. dr kecik lg, sy suka sgt2 tgk citer krismas..

best.. setiap cerita ada kelainannye..
dr semalam lg sy dh menghadap tv tgk citer "Surviving Christmas", "All I want 4 Christmas", "Merry X'mas Mr Bean" dan beberapa lg..
bnyk lg citer.. mlm ni pon ada lg..

Erm last but not least, once again.. Merry Christmas Malaysian..

Friday, December 24, 2010

pulangkan..

sebuah coretan sedih yang blh mengundang air mata sape je yg membacanya..
Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata.. Walaupun manusia memang sering melakukan kesilapan.. mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya.. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya.. terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan.. sesal selamanya..

Kisah Si Kecil Ita..

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat.. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan.. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.. Ya.. kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya.. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam..

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta.. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya.. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah..

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik..

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar.. Dia juga beristighfar.. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya..

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu.. ! Saya tak tahu Tuan..!''

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri lagi..

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya sambil menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu..

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja..

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya.. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan..

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya.. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut..

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu.. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik..

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.. Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu.. Sambil menyiram air sambil dia menangis.. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air..

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu.. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah..

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak.. Pembantu rumah mengadu.. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak..

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu.. Si bapa konon mahu mengajar anaknya..

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.. 'Ita demam..' jawap pembantunya ringkas.. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu..

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu..

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.. 'Petang nanti kita bawa ke klinik.. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu..

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik.. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu..

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk..

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor.. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan..

Si ibu meraung merangkul si anak.. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan..

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan.. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih..

Direnung muka ayah dan ibunya.. Kemudian ke wajah pembantu rumah.. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata..

'Abah.. Mama.. Ita tak buat lagi.. Ita tak mau ayah pukul.. Ita tak mau jahat.. Ita sayang abah.. sayang mama..' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa..

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria..

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.. 'Abah.. bagilah balik tangan Ita.. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi..' katanya bertalu-talu..

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda.." (,")(",)

Thursday, December 23, 2010

jom kita amalkan..


PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN
DAN TUMPUL MINDA

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selalu menggunakan imginasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam

......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....

Tuesday, December 21, 2010

awk.. sy rndu kt awak..

ya allah.. nape dgn sha arini..
pagi2 bgn je dr tdow sha trigt kt dia coz sha trmmpikn dia..
nape perlu dia dtg dlm mmpi sha..
spnjg ari sha sdih..
menangis mcm org gile..

smua 2 sbab apa??
sbab sha trlalu rndukn dia..
sha rndu gelak tawa bersama dia..

ya allah..
tolongla makbulkn doa ku ya allah.. amin..
tlg satukn kmbali hbungn persahahbtn kami atas namaMu ya Allah..

buatmu sahahbt ku..
sha harap awk gmbira x kira kt mana awk berada..
sha x prnh brhnti doa agar awk trima sha jd sahabat awk semula..
sha rndu sgt2 kt awk..
sha x prnh lupakn awk dlm setiap doa sha..
i miss u my frend..

Monday, December 20, 2010

Short Neurological Test..

ok.. cuba try ni..
Kalau tak pas, ada something wrong ngan otak korang..
Short Neurological Test..


1- Find the C below.. Please do not use any cursor help.
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

2- If you already found the C, now find the 6 below.
999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999699999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999

3 – Now find the N below. It’s a little more difficult.
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMNMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

This is NOT a joke.. If you were able to pass these 3 tests, you can cancel your annual visit to your neurologist.. Your brain is great and you’re far from having a close relationship with Alzheimer..
Congratulations!

part 2
eonvrye that can raed this rsaie your hnad..
To my ‘selected’ strange-minded friends: If you can read the following paragraph, forward it on to your friends and the person that sent it to you with ‘yes’ in the subject line..

Only great minds can read this.. This is weird, but interesting!
If you can raed this, you have a sgtrane mnid too..

Can you raed this? Olny 55 plepoe out of 100 can.

I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno’t mtaetr in what oerdr the ltteres in a word are, the olny iproamtnt tihng is that the frsit
and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it whotuit a pboerlm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe. Azanmig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

If you can raed this you are great..
don't forget to tell me whether u can read it o not..

Sunday, December 19, 2010

info2..

halooo..
ni sy nk share sket beberapa info yg boleh dikatakan patot kita smua tau la..
nk tau info ape??
teroskan membaca ek..

1- klau korg nk tau
setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang.. so ibu2 jgn jatuh kan air mata ye & anak2 jgn bg ibu jatuh air mata.. tp klau menangis sbab anak berjaya x pe la..

2-Kalau korg balik tengah malam, cuba buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya..

3-Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka iaitu mata yg melihat kaabah sehingga menitis air mata, Membaca quran sehingga menitis air mata dan Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata..

4-ni perlu tau coz bnyk sgt trjadi skrg ni.. kalau kita ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tgk laa muka dia bila dia tidor.. kalau masih terbit perasan kasih, syg, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde.. then boleh proceed pi mahkamah..

5-dosa tau jika kita mengguna jari telunjuk utk tunjuk sesuatu pada ibu..

6-kita sbnrnye boleh “ungkit” kat Allah kebaikan yg kita wt dengan tujuan utk makbulkan doa kita.. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”..
contohnye: “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”..
kalau pasal buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab..

7-Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, then cakap dengan Allah: “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” atau “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”..

8-sape2 yg tak mendoakan ibu selepas sembahyang kalau ibu nye sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka even waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka.. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya..

9-Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup..
contohnye: g ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak sy nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sy kan..” luahkan kepada ibu / bapa yg telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana..

10-Sape2 yg rajin bersedekah, takkan miskin orang itu selamanya..

11- Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pd anak anaknya.. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya.. Jadi kalau tau ibu / bapa sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita.. Besar sangat pahalanya..

12-Anak Lari Dari Rumah(selalu kuar kt surat khabar, berita)
so boleh amalkan: gantung bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.. Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak trsebut, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya..

13-Anak Degil
Bila anak dah tido, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK..
Ni seram sket masa nak buat hehehe.. mula2 je lepas tu ok..
contohnye: Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yg baik, roh yg bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yg taat pada Allah, roh yg sayang sesama manusia.. nk mntk pape pon bley.. just try and see..

Wallahualam.. jom kita sama2 praktikan mana yg boleh..
if x cube x tau.. so why not.. insyaALLAH.. niat kita suci & ikhlas..

kalau dh xde jodoh..

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya.. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita..

Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.. Usia 25 tahun rasanya belum la terlalu lewat.. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan..

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa2 lewat solat.. Allah itu Maha Mendengar.. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman..

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini..

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni.. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini..

Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.. Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu..

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan..

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju..

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan..

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif..

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.. Demikian juga perkahwinan.. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik..

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat..

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran.. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya..

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai..

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar.. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali..

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada..

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai..

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati..

Saturday, December 18, 2010

Allah Maha Adil..

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili.. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat.. Namun begitu dia berkeras membantah..

“Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar.. saya tak pernah malakukan perkara itu”.. “Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”.. orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada.. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan?
disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja”..

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu”.. Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang”.. disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”.. Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”..

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”.. Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”.. Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”.. Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”..

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat.. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi.. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka
jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini”..

Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”.. “Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan.. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan”..

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga..

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”
Allah maha Adil..

dpt award..

ok.. entry ringkas drpd sy..
sy baru je dpt award dr miss abell coz jd 50th follower beliau..

ern ni nk tunjuk skit la..

thx dear utk award 2..
http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.com

tutorial kembali ke profile fb lama..

Rasa nye mmg ramai giler yg x suka profile baru Facebook yang agak tidak kemas, tak teratur, tak cantik, dan seangkatan dengannya! dh banyak sgt dgr org merungut pasal ni.. So, entri ini direka khas untuk korang2 diluar sana yg tak suka dgn interface profile baru FB untuk tukar balik ke interface yang lama..


Langkah 1:
Klik button Account pada bahagian atas sebelah kanan profile FB anda, dan pergi ke Account Settings..

Account > Account Settings


Klik pada gambar untuk tumbesaran




Langkah 2:
Klik pada button deactivate pada bahagian bawah. Jangan risau, korang ikut je langka-langkah ni dulu.. FB korang takkan hilang..

Setteings > Deactivate

Klik pada gambar untuk tumbesaran














Langkah 3:
Lepas korang klik deactivate tu, akan keluar gambar macam kat bawah ni pula.. Tick pada "
This is temporary, I'll be back".. Then, pada kotak ruangan "Please explain further" korang tulis jela apa-apa.. Sebagai contoh, taip la "I'll be back" ke dan kemudian tick pada kotak "Email opt out" dan klik confirm seperti gambar dibawah..


Klik pada gambar untuk tumbesaran

Langkah 4:
Password confirmation ni akan keluar, lepas tu korang masuk kan password FB korang kemudian klik confirm.

Klik pada gambar untuk tumbesaran






Langkah 5:
Security check akan keluar dan korang kene buat CAPTCHA yang disuruh kemudian submit!

Klik pada gambar untuk tumbesaran



Langkah 6:
Clear history firefox korang,sbb rata-rata pengguna internet menggunakan firefox.. Then korang biarkan la FB korang dalam masa 30 minit ke, kemudian korang log in balik.. Nanti korang mesti suka! FB korang dah kembali macam dulu! Selamat mencuba! :D

p/s: thx to chuck coz dpt info ni dr bloq dia.. mnta share dgn yg lain2 ye..

Friday, December 17, 2010

doa antara 2 sujud..

BESARNYA makna DOA YG KITA LUPAKAN semasa kita duduk antara dua sujud..
Dalam tak sedar setiap hari kita memohon didalam solat kita tp sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami..
sekadar tersebut dibibir, tp tak tersentuh dr hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati doa ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
Dgn rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah..

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita utk menerima keampunan dr Allah spt membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil.. Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah, ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan kemudian sampaikanlah permintaan kedua..

Warhamni (sayangi aku)..

Diam dan tundukkanlah diri kita utk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yg kita terima, ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup.. berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)


Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita..
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini.. sebuah doa yg kita hanya lewatkan begitu sahaja..
Dalam tak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu...

sedih.. sgt2 sedih..

Mengisahkan kisah seorg adik yg selalu tulis surat kat abang dia..
Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu.. hmmm.. [Boleh like, share, comment..]

Aku ada abg.. Dah lama berpisah.. Tp aku selalu utus surat kat die yg kat kg..
Satu pon x berbalas.. 2 thn lepas.. Aku menikah tanpa izin abang.. Sebab puas aku cari dia tp x jumpa.. Sepanjang perkahwinan aku, aku x tenang.. Cuti sekolah yg lepas, ku ajak suami aku balik kg..
Aku nk bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. Semasa membersihkan rumah using tu, aku tersapu surat yg aku kirimkan pd abangku 2 tahun yg lalu.. Sebelum aku bernikah.. suratnya macam ni..

“Khas buat abangku.. Abg, ko ingat lagi x.. Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..
ko plak Tingkatan 5.. Masa tu diorang eksiden sebab nk beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah.. Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan tbe2 banyak air keluar.. Tp ko cepat2 lap lantai umah kite.. Tp aku x amik kisah pon sal hal tu.. Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang ckp

“ Abg, ko jaga adik.. Jangan bg nangis.. Kalo mak dah xde, ko jgn tggl die.. Ingat sket mak ngan ayah ko ni.. Jangan sesekali biar die sorang-sorang “
Ko ingat x..

Sblm diorang pegi beli kek, ko balik dr sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan.. Tp aku campak kat longkang belakang umah kite Sebab aku suke warna pink.. Lepas kejadian tu ko x penah ucap bufday kat aku lagi.. Sampai sekarang..
Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 org je lepas tu, ko x sekolah lagi.. Ko pegi mana pon aku xtau.. Tp malam2 baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku.. Ingat tak, aku masak untuk ko tp ko xmakan pon.. Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.. Ko x penah ucap terima kasih kat aku.. Abg, ko ingat x.. Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah tp time tu ko tengah tido.. Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko.. Masa balik sekolah ko lempang aku sampai mulut aku darahi tp ko x pujuk aku balik pon.. esoknya,nasib baik luka tu dah elok..
Abg, ko ingat x..

masa umur aku 18 tahun.. ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long.. ko cakap ko ada hal.. Tp sampai sekarang ko x datang amik aku.. Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau.. Kenapa tiada sebarang balasan.. Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang.. Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada ko.. Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..
Abg,

Jika kau dapat surat ni.. Katakanlah pada aku.. Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku.. Salam sayang,Adik.”

Aku mula terasa teringin nak selongkar rumah pusaka ni… Yelah.. Nak balik jarang sangat.. Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2.. Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat.. Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat… dan aku buka…

“Assalamualaikum..
Kehadapan adikku yang jauh di mata .. Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan.. Kerana aku tidak berdaya sayang.. Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita.. Iye, kau pecahkan perhiasan rumah.. Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan.. Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau.. Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..
Aku tau kau tak suka warna biru.. Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau.. Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu.. Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu.. Aku dah ambil balik, dan basuh.. dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita.. Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..
Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu.. Kau pon sudah lupa ya.. Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal.. Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya.. Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..
Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja.. Kerana aku bekerja di pekan.. Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori.. Untuk menyara engkau.. Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau.. Kerana masa itu Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji.. Aku harus sediakan perhiasan untuk kau.. Supaya kau tidak rasa malu.. Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang
siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau.. Aku akan makan masakan itu sebelum subuh.. Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur.. Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,
aku malu untuk ucapkan terima kasih.. Kerana engkau banyak berkorban untukku.. Kau menyediakan makanku dan segalanya.. Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih.. Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku.. Kerana terima kasihku untukmu adalah untuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,
Maafkan aku kerana aku memukulmu.. Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila.. Betulkan.. selepas kejadian itu.. Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu.. Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur? Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku.. Sakit yang amat sangat.. Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah.. aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun.. Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..
Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya.. aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu.. Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen.. Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital.. Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu.. Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku makin kabur.. Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..
Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital.. Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita.. Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu.. Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..
Mungkin tika kau membaca surat ini.. Aku sudah pon tiada.. Jangan kau bersedih.. Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan....

- Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH..
-Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH..
-Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH..
-Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH..
-Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.,
-Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH..
-Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH..
-Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH..

Adikku sayang.. sekiranya engkau disunting seseorang.. Biarkan pakcik kita menjadi walimu.. Kerana aku mungkin sudah tiada.. Bahagiakanlah dirimu.. Kerana itu yg aku mahukan.. Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya.. Salam sayang sedalam-dalamnya,Abang.”

Di rumah pusaka itu.. Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir.. Lantas.. Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan.. Semuanya berwarna pink.. Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah.. Ya Allah.. Aku meraung sambil menatap hadiah itu.. Ya Allah.. dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku..

Thursday, December 16, 2010

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

selamat beramal..
14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram, bersamaan KHAMIS, 16 DEC 2010)

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pd tahun ini..

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dlm kubur nanti..

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dlm golongan
yang redha..

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dlm hatinya..

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bg
tiap-tiap rambut yg di sapunya..

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya drpd neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dr kecil sehingga ia mati.. Diberi
pahala seperti bersedekah kpd semua fakir miskin di dunia ini..

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan..

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pd tahun itu lafaz niat : 'Sahaja
aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'..

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pd tahun itu..

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dgn pandangan rahmat diakhirat nanti..

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama
50 tahun melakukannya..
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat
kerana Allah Taala'..
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah
sebelas kali..

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pd tahun ini..

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka
puasa..

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah
Taala'..
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
kali syahid dan diharamkannya drpd neraka..

Insya'allah..
Semoga Bermanfaat..

Wednesday, December 15, 2010

pesanan utk wanita di luar sana..

Please inform all your daughters, family, wife, husband, children, mother, even.. grandmother for their protection.. Message from the Kuala Lumpur Police department..

Police Message: Coke + Ajinomoto = Can be Used To Rape Ladies

DO YOU KNOW? Coke + Ajinomoto = Can be Used To Rape Ladies

I received a news about the recent tactic used to spike girls' drink..

It is a cheap and widely used method..

This method was used in Canny Ong murder..

Rapist uses this method..

Coca-cola + ajinomoto/monosodium glutamate = a medicine which will cause drowsiness and excitement in the victim..

This mixture is poisonous if used too often on the victim..

Please send this to all your female friends, sisters, & your loved ones and ask them to beware..

DO NOT accept coca-cola or any other drinks from stranger / even
if it is your friend that you are not very close with..

Regards,

Hishamuddin Alias ( ASP )
Jabatan Siasatan Jenayah Berat
IPK Kuala Lumpur

kod lemak babi..

korg.. nk bgtau ni.. penting tau..
ok.. ni adalah senarai kod lemak babi yg terdapat dalam beberapa makanan yg dijual sekitar kita ni..

1. E 100 16. E 280 31. E 434 46. .E 4822. E 110 17. E 300 32. E 435 47. E 4833. E 120 18. E 301 33. E 436 48. E 4914. E 140 19. E 325 34. E 440 49. E 4925. E 141 20. E 326 35. E 441 50. E 4936. E 153 21. E 327 36. E 470 51. E 4947. E 160 22. E 334 37. E 471 52. E 4958. E 161 23. E 335 38. E 472 53. E 5429. E 210 24. E 336 39. E 473 54. E 57010. .E 213 25. E 337 40. E 474 55. E 57211. E 214 26. E 422 41. E 475 56. E 63112. E 216 27. E 430 42. E 476 57. E 63513. E 234 28. E 431 43. E 477 58. E 90414. E 252 29. E 432 44. E 478 59. E 92015. E 270 30. E 433 45. E 481

Yang jelas nye.. pringles pun ader gak lemak binantang ni.. kalau tak caya tengok ada E471 kat ingredients nya tu.. memang patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu..

jd tak hairan lah kalau sekarang ni ramai sangat samseng, yang muda, yang tua.. laki.. perempuan.. sama jer.. solat yang wajib main tinggal je.. doa pun banyak yang tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yang jadi darah daging.. nauzubillah. .

Bagaimana nak lahirkan lebih ramai islam yang betul2 ‘muslim’.. dari kecik dah disuapkan dengan makanan2 mengarut ni.. yang hairan nya bagaimana boleh ada tanda HALAL bagi makanan2 tersebut? Bijaknya orang2 kafir memperdayakan orang2 Islam hanya dengan makanan.. Kebijaksanaan mereka takkan kekal lama…

Tapi.. ngatlah suatu masa yang telah ditetapkan oleh Allah swt, orang2 mukmin akan bangkit jua…

Sunday, December 12, 2010

cerita di kg..

penat... baru je balik dr kg..
sy balik kn sebab sepupu bertunang..
pertunangan diantara harfiza dan shafeeeq..
so nk cite n share skit la gmbr2 yg sempat diambil..

ok.. first skali nk cite pasal hantaran..
hantaran ni mkcik sy yg buat sendiri..
dia mmg pandai buat2 hantaran ni.. so klau korg ada yg berminat nk tempah bgtau la ye..
jgn segan2 silu.. hehehe..

ni la dia hantaran dr pihak ktorg.. (pihak puteri..)

hah.. lupa nk ckp.. temanye hitam n putih..
pas dh tgk hantaran pihak perempuan, tgk hantaran pihak lelaki la plak..

ni la dia hantaran dr pihak putera..

erm.. x kn nk tunjuk hantaran je kn.. x nk tunjuk ke gadis yg bertunang 2.. huhu..
jap2.. nk tunjuk la ni..

ni dia..

yg tgh2 tu la gadis yg bertunang 2.. berbaju putih..
yg lg 4 org tu tgh tggu turn plak.. haha..
sekian sahaja la cite psal pertunangan ni..
nnti klau sy bertunang, sy cite pnjg2 plak.. hahaha.. (saje berangan jap..)

hah.. jap nk tunjuk lg sekeping gmbr..
nk tau gmbr sape??
gmbr 2 org jejaka yg tersgt2 la comel n ensem..
geram tgk dorg.. lg2 yg bju oren 2..

ni la jejaka comel 2..

sorang namanye daniel n lg sorg aiman.. comel sgt2..




Thursday, December 9, 2010

yea.. yea.. balik kg..

yea.. esk balik kg.. erm excited plak.. maklum la dh lama duk bndar ni jek..
jarang balik kg.. lama giler dh x jumpa dgn spupu2.. he3..
esk balik ni pon sebab spupu sy, kak fieza bertunang..
selamat bertunang ye kak fieza..

erm.. mcm2 dh planning dgn spupu2 ni..
nk kuar jln2.. g ronda2 kg..
youhoo.. (excited lbey plak budak nie..) hu3..

doakan sy slamat sampai ye.. walaupun x jauh sgt..
tp kereta kakak sy ni xbrapa sihat la..
bubye korg..

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this