Pages

Tuesday, December 28, 2010

peribahasa arab..

ok.. jom blaja peribahasa arab.. selama ni kita guna peribahasa melayu je kan..
so jom plak cuba peribahasa arab ni.. (",)

قد يجمع المال غير آكله . . ويأكل المال غير من جمعه
Kadang2 org yg mengumpulkan harta tak akn memakannya dan orang yg memakan harta itu bukan orang yg mengumpulkannya..

لا تنظر إلى صغر الخطيئة .. ولكن انظر إلى عظم من عصيت
Janganlah kamu memandang kepada kecilnya sesuatu dosa yang dilakukan tetapi pandanglah kepada kebesaran yang ada pada Dia(Allah) yang engkau lakukan dosa kepada-Nya..

إن الذي يصحبك لا ينصحك والذي ينصحك لا يصحبك
Sesungguhnya orang yang selalu bersahabat dengan mu tidak akan menasihatimu dan orang yang selalu menasihatimu tidak akan menjadi sahabat mu..

يختبر الذهب بالنار وتختبر المرأة بالذهب
Emas diuji dengan api tetapi perempuan diuji dengan emas..

أخر زوجات النبى هى ميمونة بنت الحارث رضى الله عنهما
Isteri Rasulullah s.a.w yang terakhir ialah Saidatina Maimunah binti Haris r.a

Al-Quran mengandungi 114 surah,6236 ayat,79000 perkataan,323670 huruf dan 14 ayat tempat sujud..

الشجرة التى تعيش الف عام شجرة الزيتون
Pokok Zaitun adalah pokok yang hidup sehingga 1000 tahun..

اطول عظمة فى جسم الانسان عظمة الفخذ
Tulang paha merupakan tulang yang paling panjang dalam anggota manusia..

خير الكلام ما قل ودل
Sebaik-baik percakapan itu ialah ringkas dan padat (bermakna)..

الرجل لاينسى اول امراة احبها والمراة لاتنسى رجلا خانها
Lelaki tidak dapat melupakan perempuan yang pertama dicintainya sementara perempuan tidak dapat melupakan lelaki pertama yang mengkhianatinya..

أغبى امراة تستطيع ان تخدع اذكى رجل
Sebodoh-bodoh perempuan akan dapat memperdaya sepandai-pandai lelaki..

لا تصحب من لا يرى لك من الحق مثل ما ترى له
Jangan kamu bersahabat dengan orang yang tidak dapat melihat kebenaranmu sebagaimana kamu dapat melihat kebenarannya..

لا يفرح الإنسان لمجرد أن حظه سعيد فقد تكون السعادة طريقًا للشقاء
Janganlah seseorang insan itu terlalu gembira dengan sesuatu kebaikan yang didapati kerana kadang2 sesuatu kebaikan itu mungkin akan membawa kepada keburukan..

عامل الناس كما تحب ان يعاملوك
Buatlah kepada orang lain apa yang kamu hendak orang lain lakukan kepada mu..

استقبال الموت خير من استدباره
Berdepan dengan maut itu lebih baik daripada melarikan diri daripadanya..

العلم عند الصغر كالنقش على الحجر
Mengajar sesuatu ilmu kepada seseorang sewaktu kecil ibarat mengukir di atas batu..

الصلح بعد العداوة أطيب من الحلاوة
Perdamaian selepas sesuatu permusuhan lebih manis daripada madu..

اذا اردت ان تحيا بعد موتك ... اكتب شيئاًيستحق ان يقرأ
Jika kamu ingin hidup sesudah mati, maka tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca oleh orang lain..

والمهاجر من هجر ما نهى الله عنه
Dan orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan apa yang Allah larang..

من لا يرحم لا يرحم.
Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain maka ia tidak akan dikasihi..

ليس العمى طول السؤال وانما تمام العمى طول السكوت على الجهل
Tidaklah bodoh orang yang panjang soalannya tetapi orang bodoh itu ialah orang panjang diamnya drp kejahilan..(tidak bertanya)

لكل مقام مقال
Cakap biar bertempat..

قلب الجاهل وراء لسانه و لسان العاقل وراء قلبها
Hati seorang jahil di sebalik lidahnya(kata-katanya) tetapi lidah seorang yang berilmu di sebalik hatinya..

غاب القط العب يا فار
Apabila tiada kucing, maka tikus pun menari..

شباب دون أخلاق كالشجر دون أوراق.
Pemuda tanpa akhlak bagaikan pokok tanpa daun..

في العجلة الندامة و في التاني السلامة
Gopoh - gapah itu akan membawa kpd penyesalan dan tertib - tenang itu membawa keselamatan..

المرء حيث يضع نفسه
Seseorang itu tergantung kepada di mana ia letakkan dirinya..

من استوى يوماه فهو مغبون
Barang siapa yang hari-harinya sama sahaja iaitu tiada perubahan atau penghijrahan maka dia adalah tergolong daripada orang yang terpedaya atau tertipu dengan keseronokan dunia..

مرارة الدنيا حلاوة الآخرة .. وحلاوة الآخرة مرارة الدنيا
Kepahitan dunia adalah kemanisan akhirat dan kemanisan akhirat adalah kepahitan dunia..

صديقك من يصارحك بأخطائك لا من يجملها ليكسب رضاءك
kawan anda ialah mereka yang memberitahu kesalahan anda bukan mereka yang mencantikkan kesalahan anda untuk mencari keredhaan anda..

لا تنظر إلى من قال، وانظر إلى ما قال
Jangan pandang kepada orang yang memberi nasihat (dari segi statusnya) tetapi lihatlah apakah yang dinasihatinya.. Kata-kata Saidina Ali

شر الناس من لا يبالي أن يراه الناس مسيئا
Sejahat-jahat manusia ialah orang yang tidak mempeduli orang lain melihat kejahatan yang dia lakukan..(Tiada perasaan malu)

شرُّ الناس من
باع آخرته بدنياه، وشرُّ منه من
باع آخرته بدنيا غيره
Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang menjual akhiratnya kerana dunianya dan yang lebih jahat ialah mereka yang menjual akhiratnya kerana dunia orang lain..

الناس أبناء الدنيا , ولا يلام الرجل على حب أمه
Manusia itu anak kepada dunia ,sebab itulah manusia tidak boleh lari daripada mencintai ibunya(dunia)..

كل اناء يضيق بما فيه الا وعاء العلم فانه يتسع .
Setiap bekas akan menjadi smakin sempit setelah diisi dgn sesuatu kecuali bekas ilmu ia sentiasa menjadi semakin luas..

لا تكرهوا أولادكم على أخلاقكم , لأنهم مخلوقون لزمان غير زمانكم
Jangan kamu benci dengan perangai anak2 kamu kerana mereka hidup bukan di zaman kamu..

كثرة الطعام تميت القلب , كما تميت كثرة الماء الزرع
Makan banyak merupakan punca matinya hati insan sebagaimana pokok akan mati apabila banyaknya air..

اذا خرجت الكلمة من القلب دخلت في القلب ، واذا خرجت من اللسان لم تتجاوز الآذان
Sekiranya sesuatu perkataan itu(nasihat) keluar dari hati(ikhlas) maka ia akan masuk ke hati tetapi sekiranya sesuatu perkataan itu keluar dari mulut sahaja (tidak ikhlas) maka ia akan masuk ke telinga sahaja( tidak memberi faedah)..

الإخوان ثلاثة ..أخ كالغذاء تحتاج إليه كل وقت ، وأخ كالدواء تحتاج إليه أحياناً ، وأخ كالداء لا تحتاج اليه أبداً.
Sahabat itu ada 3 jenis iaitu: seperti makanan yang kita perlu kepadanya setiap masa, seperti ubat yang kita memerlukannya pada masa tertentu sahaja, seperti penyakit iaitu yang kita tidak perlu langsung kepadanya.. Kata-kata ahli falsafah

من زاد في حبه لنفسه ... زاد كره الناس له
sesiapa yang lebih mencintai dirinya maka manusia akan lebih membencinya..

الثروة تأتي كالسلحفاة وتذهب كالغزال
Kekayaan itu datang kepada kita seperti kura-kura(lambat) tetapi pergi meninggalkan kita seperti rusa (laju)..

إذا كان الكلام من فضة فالسكوت من ذهب
Sekiranya percakapan itu adalah perak, maka berdiam diri itu adalah emas..

اربع خصال تميت القلب: كثرة الضحك، كثرة الأكل، كثرة النوم، و كثرة
الكلام
Empat perkara yang boleh mematikan hati : Banyak ketawa,banyak makan,banyak tidur dan banyak cakap..

مثل الدنيا كمثل ماء البحر، كلما شرب منه العطشان ازداد عطشاً حتى
يقتله
Dunia ini ibarat air laut setiap kali orang yang dahaga meminumnya tidak akan menghilangkan dahaga tetapi bertambah dahaga sehingga apabila ia diambil dalam jumlah yang banyak ia akan membawa kematian..

روى البخاري ومسلم عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: " ليس الشديد بالصرعة إنما الشديد الذي يملك نفسه عند الغضب " .
Bukanlah dinamakan kuat dengan bergusti, tetapi orang yang kuat itu ialah yang dapat mengawal dirinya ketika marah..

أعرف الناس بالله أرضاهم بما قسم الله له
Orang yang paling mengenali Allah s.w.t ialah orang yang paling redha dengan apa yang telah Allah kurniakan kepadanya yakni qada' dan Qadar-Nya..

Antara tabiat wanita yang sukar dibuang ialah suka menceritakan sesuatu rahsia kepada kawannya dan meminta kawannya supaya jangan menceritakan rahsia itu kepada orang lain..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this