Pages

Sunday, December 19, 2010

info2..

halooo..
ni sy nk share sket beberapa info yg boleh dikatakan patot kita smua tau la..
nk tau info ape??
teroskan membaca ek..

1- klau korg nk tau
setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang.. so ibu2 jgn jatuh kan air mata ye & anak2 jgn bg ibu jatuh air mata.. tp klau menangis sbab anak berjaya x pe la..

2-Kalau korg balik tengah malam, cuba buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya..

3-Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka iaitu mata yg melihat kaabah sehingga menitis air mata, Membaca quran sehingga menitis air mata dan Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata..

4-ni perlu tau coz bnyk sgt trjadi skrg ni.. kalau kita ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tgk laa muka dia bila dia tidor.. kalau masih terbit perasan kasih, syg, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde.. then boleh proceed pi mahkamah..

5-dosa tau jika kita mengguna jari telunjuk utk tunjuk sesuatu pada ibu..

6-kita sbnrnye boleh “ungkit” kat Allah kebaikan yg kita wt dengan tujuan utk makbulkan doa kita.. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”..
contohnye: “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”..
kalau pasal buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab..

7-Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, then cakap dengan Allah: “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” atau “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”..

8-sape2 yg tak mendoakan ibu selepas sembahyang kalau ibu nye sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka even waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka.. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya..

9-Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup..
contohnye: g ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak sy nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sy kan..” luahkan kepada ibu / bapa yg telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana..

10-Sape2 yg rajin bersedekah, takkan miskin orang itu selamanya..

11- Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pd anak anaknya.. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya.. Jadi kalau tau ibu / bapa sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita.. Besar sangat pahalanya..

12-Anak Lari Dari Rumah(selalu kuar kt surat khabar, berita)
so boleh amalkan: gantung bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.. Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak trsebut, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya..

13-Anak Degil
Bila anak dah tido, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK..
Ni seram sket masa nak buat hehehe.. mula2 je lepas tu ok..
contohnye: Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yg baik, roh yg bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yg taat pada Allah, roh yg sayang sesama manusia.. nk mntk pape pon bley.. just try and see..

Wallahualam.. jom kita sama2 praktikan mana yg boleh..
if x cube x tau.. so why not.. insyaALLAH.. niat kita suci & ikhlas..

0 suara:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this