Pages

Monday, January 24, 2011

10 k..

"Jika anda seorang juruterbang, anda pasti tahu tempoh jam kredit yang perlu di habiskan bagi melayakan anda memiliki lesen membuat penerbangan.. Jika anda seorang pelajar universiti, anda juga pasti amat biasa mengenai selok-belok berapa jam kredit kah yang perlu anda habiskan bagi melayakkan anda menamatkan pengajian dan menerima ijazah dalam pengajian anda..

Namun berapakah jam kredit yang perlu anda habiskan untuk menjadi pembuat kuih karipap yang mahir? atau pemotong daging di pasar? 120 jam atau 1000 jam? Tahukah anda, dengan 10,000 jam kredit, anda mampu menjadi mahir dalam mana-mana bidang pekerjaan! Ya, itulah yang di kenal pasti oleh Malcolm Gladwell dengan teorinya 10,000 Hour Rule..

Ramai orang beranggapan, kecerdikan.. kepandaian.. bakat.. dan bermacam kelebihan istimewa yang dimiliki oleh manusia tertentu adalah suatu anugerah Tuhan ke atas makhluk-makhluk ciptaannya yang terpilih sahaja.. Malah kita juga seringkali mendengar dakwaan-dakwaan bahawa kecerdikan itu juga lahir dari genetik atau baka ibu-bapa yang cerdik.. Justeru, ramai yang berputus asa kerana tidak lahir dalam keluarga yang bijak pandai dan tidak memiliki bakat yang hebat..

Namun tidak ramai yang sedar hakikat sebenar bahawa, jika anda memiliki kecerdikan atau potensi sebagaimana Einstiens, Bethoven atau juga Adi Putra dan seumpamanya, sebenarnya juga tidak akan membawa anda kemana-mana tanpa usaha yang berlipat ganda!! Hal ini di buktikan oleh seorang penulis iaitu Malcolm Gladwell menerusi (Outliers) di mana beliau telah mengkaji dan mengenal pasti apakah faktor yang menyumbang terhadap kejayaan tertinggi seseorang individu, dan lahirlah teori yang disebut sebagai 10,000 hour rule..

Ya, mungkin ada yang pernah mendengar mengenai prinsip 10,000 hour rule jika anda pernah membaca Outliers.. Di dalam Outliers, Gladwell telah mengenal pasti beberapa individu terkemuka yang telah mengecapi kejayaan seperti Bill Gate yang berjaya mencipta kekayaan yang melimpah-ruah, The Beatles ikonik kepada music band boy, J. Robert Oppenhiemer seorang ahli fizik pencipta bom Atom.. Individu-individu terbabit bukanlah muncul hebat dalam tempoh satu malam.. Sebaliknya, sebagaimana yang di tekankan oleh Malcolm Gladwell, the greatness requires enormous time.. Untuk menjadi bagus memerlukan banyak masa.. atau dalam bahasa mudah, memerlukan latihan yang berterusan..

Menurut Gladwell, The Beatles telah melakukan persembahan pentas sebanyak 1200 kali di Hamburg, Germany secara langsung dalam tempoh 4 tahun!! (1960-19640) yang mana telah melebihi 10,000 jam waktu persembahan!!

Begitu juga dengan Gates, dalam tahun-tahun 1968, komputer bukanlah barangan yang boleh di perolehi setiap keluarga di Amerika Syarikat.. Sebaliknya komputer hanya di miliki secara bersama samada oleh komuniti penduduk atau persatuan-persatuan penduduk yang berbentuk keagamaan.. Dengan akses yang amat terhad, beliau juga telah menghabiskan masa 10,000 jam untuk melakukan kerja programming dan akses ke dalam komputer sejak berumur 13tahun lagi!!

Malcolm Gladwell sentiasa menegaskan berulang kali bahawa genius bukanlah segala-galanya dalam menentukan kejayaan.. Dengan mengambil contoh Christopher Langan, lelaki ini adalah seorang yang amat genius.. Tahap IQ yang di milikinya adalah melebihi Albert Einstiens dimana Christopher Langan 195 dan Einstiens hanyalah 150.. Namun, akhir hayat Langan hanyalah berakhir di ladang kuda.. Menurut Gladwell, C. Langan tidak mampu mengecapi kejayaan di sebabkan beliau di besarkan dalam suasana persekitarannya yang tidak mengizinkan untuk berjaya.. Langan bukanlah satu-satunya insan genius yang berakhir dengan kisah sedih, kita juga pernah mendengar nama-nama seperti Sufiah Yusuf yang genius suatu ketika dulu namun berakhir sebagai pelacur di England. Begitu juga Syukri Hadafi bekas anak angkat kesayangan Pak Ungku Aziz juga seorang genius suatu masa dulu dan berakhir sebagai penjual roti canai..

Mengakui apa yang di cetuskan oleh Gladwell mengenai teori 10 ribu jam, kembali kita bertanya berapa ribu jamkah yang telah di habisi oleh pembuat bakul barangan kraf di sarawak, penganyam tikar di sabah, penangkap ikan di langkawi, penoreh getah di baling, penyawit di kota tinggi sehingga memahirkan mereka?

-practise make perfect-


0 suara:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this