Pages

Monday, January 10, 2011

tiru la sifat pensil..


Seorang nenek menceritakan perihal sebatang pensil kepada cucunya..

"Cuba cucu lihat dan pegang pensil ini" kata nenek sambil memberikan pensil itu kepada cucunya.. "Pensil itu hanya bergerak ikut arahan dan gerakan kita.. Pensil ini juga mempunyai berbagai kualiti seperti yang terdapat dalam diri kita"..

Begitu juga dengan kita.. Kita digerakkan dan dipandu oleh sesuatu yang berkuasa kepada kita.. ALLAH SWT yang menjadikan kita.. Kita digerakkan dan diberi arah panduan olehNya.. TanpaNya kita statik dan kaku..

Kedua, pensil ini perlu ditajamkan supaya ia menjadi lebih berkesan.. Sekalipun perit sedikit kerana diasah namun dia menjadi lebih berguna dan efektif.. Begitu juga dengan kita yang sentiasa perlu mengasah dan menajamkan diri kita dengan ilmu dan kemahiran supaya menjadi lebih berupaya..

Ketiga, menulis dengan pensil membolehkan kita memadamkannya jika terdapat kesilapan.. Membetulkan kesilapan bukanlah sesuatu yang tidak baik tetapi membawa kita balik kelandasan yang betul dan lebih baik.. Input kesilapan dalam minda kita perlu dipadamkan dan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik..

Kualiti keempat, sebatang pensil ialah bukan kayu yang menjadi kulit luarannya.. Yang penting pada sebatang pensil ialah "carbon" atau "graphite" didalamnya.. Tanpa "carbon" kita tidak dapat menulis.. Jadi pada kita yang penting ialah bukan luarannya, tetapi apa yang berlaku didalam diri kita.. Kita perlu teliti dan kawal minda kita..

Kualiti yang kelima ialah sebatang pensil yang digunakan dengan baik akan meninggalkan tanda yang hebat - cerita, sajak, cerpen, pengkisahan sejarah, perancangan perniagaa, dll.. Kita juga akan meninggalkan legasi satu hari nanti.. jadi tinggalkanlah legasi baik yang akan dikenang sepanjang zaman..

Sunday, January 9, 2011

harum.. wangi..

Selalunya manusia menanam bunga di kawasan perkuburan.. Namun kisah ini, bunga muncul secara tiba-tiba dalam liang lahad apabila jenazah diturunkan ke dalamnya.. Ambillah iktibar dari kisah ini..

Kisah ini berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur.. Masa tu, hari Jumaat..
Solat Jumaat sudah dimulakan apabila bilal melaungkan azan dan sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah..
Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun.. Muda lagi.
.
Dan sudah berkahwin.. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini..
Imam ini memulakan khutbahnya..

Sampai pada perkataan, “Uusikum Bitaqawallah, Waiyaa.. .. .. .. ..”.. Tiba-tiba imam ini terdiam..
Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam..
Semua mata tertumpu kepadanya.. Imam masih lagi senyap.. Matanya terpejam rapat..
Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib.. Kepalanya terlentuk ke bawah..

Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi..
Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.. Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf hadapan..
Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh diucapkan selepas itu melainkan, “Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun..” ..

Sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk.. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar..
Elok sangat duduk atas kerusi khatib, imam tersebut telah pun meninggal dunia..
Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan.. Ustaz M (bukan nama sebenar) pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini..
Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat..

Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya.. Seolah-olah jenazah ini masih hidup..
Dan yang lebih mengkagumkan keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah.. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini!
Hebat mayat ni, fikir ustaz M.. Subhanallah! beliau berdoa ; “Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya..''

Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ.. Doa ustaz M dimakbul Allah SWT.. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya..
Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!

SUBHANALLAH! SUBHANALLAH! Ustaz M bertanya pada isterinya tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi..
Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang hidup bersamanya ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.. Inilah amalan istiqamahnya..
Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.. Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.. Wallahua’lam..

Tuesday, January 4, 2011

sediakn tisu sblm baca..

kadang kita takjub dengan balasan yang diberikan oleh seseorang kepada kita untuk sebuah perbuatan yang menurut kita pada saat melakukannya adalah “biasa-biasa saja”.. Namun balasan (yang sebenarnya kita tidak mengharapkannya) yang diberikan dahsyatnya luar biasa.. apalagi ketika melakukannya dengan penuh keikhlasan, penuh cinta dan kasih..

Berikut ada sebuah cerita yang diambil dan ditulis ulang dari sebuah ebook kumpulan motivasi.. semoga bermanfaat dan dapat menambah kecintaan kita pada saudara-saudara kita.. menambah semangat untuk terus memberi dan terus berbagi dan semoga bisa melembutkan hati..
Adapun ceritanya begini :

Aku dilahirkan di sebuah dusun pegunungan yang sangat terpencil.. Hari demi hari, orangtuaku membajak tanah kering kuning, dan punggung mereka menghadap ke langit.. Aku mempunyai seorang adik, tiga tahun lebih muda dariku.. Yang mencintaiku lebih dari aku mencintainya..

Suatu ketika, untuk membeli sebuah sapu tangan yang mana semua gadis di sekelilingku kelihatan membawanya, aku mencuri lima puluh sen dari laci ayahku.. Ayah segera menyadarinya.. Beliau membuat adikku dan aku berlutut di depan tembok, dengan sebuah tongkat bambu ditangannya..

“Siapa yang mencuri wang ayah?!!!” Beliau bertanya.. Aku terpaku terlalu takut untuk berbicara.. Ayah tidak mendengar siapapun mengaku.. Beliau mengatakan lagi “ Baiklah kalau begitu kalian berdua layak dipukul!”

Dia mengangkat tongkat bambu itu tinggi-tinggi.. Tiba-tiba, adiku mencengkeram tangannya dan berkata, "Ayah, aku yang melakukannya!”

Tongkat panjang itu menghantam punggung adikku bertubi-tubi.. Ayah begitu marahnya sehingga ia terus menerus mencambukinya sampai beliau kehabisan nafas.. Sesudah itu beliau duduk di ranjang dan memarahi kami.. ”Kamu sudah belajar mencuri dari rumah, hal memalukan apalagi yang akan kamu lakukan di masa mendatang? kamu layak dipukul, kamu pencuri tidak tahu malu..”

Malam itu, ibu dan aku memeluk adikku, tubuhnya luka, tetapi ia tidak menitikan airmata se titis pun.. Di pertengahan malam itu, saya tiba-tiba menangis meraung-raung.. Adikku menutup mulutku dengan tangan kecilnya dan berkata, ”Kak, jangan menangis lagi sekarang, semuanya sudah terjadi..”

Aku masih terus membenci diriku karena tidak memiliki cukup keberanian untuk maju mengaku.. Bertahun-tahun telah lewat, tapi insiden tersebut masih kelihatan baru seperti kemarin.. Aku tidak pernah lupa tampang adikku ketika melindungiku.. Waktu itu, adiku berusia 8 tahun.. Aku berusia 11 tahun..

Ketika adikku berada pada tahun terakhirnya di SMP, ia lulus untuk masuk SMA di pusat kabupaten.. Pada saat yang sama, saya diterima untuk masuk sebuah universitas propinsi.. Malam itu, ayah berjongkok di halaman, menghisap rokok tembakaunya, bungkus demi bungkus.. Saya mendengar dia berkata lirih, ” Kedua anak kita memberikan hasil yang begitu baik, hasil yang begitu baik”.. Ibu mengusap airmatanya yang mengalir dan menghela nafas, ” Apa gunanya? Bagaimana mungkin kita bisa membiayai keduanya sekaligus?”

Saat itu juga adikku berjalan ke hadapan ayah dan berkata, ”Ayah, saya tidak mau melanjutkan sekolah lagi, aku telah cukup membaca banyak buku”

Ayah marah besar dan berkata : ” Mengapa kamu mempunyai jiwa yang begitu lemah!!! Bahkan kalau aku harus mengemis di jalanan akan aku lakukan, kamu berdua harus sekolah sampai selesai.”

Siapa sangka keesokan harinya, sebelum subuh datang adikku meninggalkan rumah dengan beberapa helai pakaian lusuh dan sedikit makanan.. Dia menyelinap di samping ranjangku dan meninggalkan secarik kertas di atas bantalku: ”Kak, masuk ke universitas tidaklah mudah.. Saya akan pergi mencari kerja dan mengirimmu wang..”

Aku memegang kertas tersebut di atas tempat tidurku dan menangis dengan air mata bercucuran sampai suaraku hilang.. Tahun itu adiku berusia 17 tahun dan aku 20 tahun.. Dengan wang yang ayahku pinjam dan wang dari adiku hasilkan dari mengangkut semen pada lokasi konstruksi, akhirnya aku sampai akhir tahun ketiga kuliah..

Suatu hari, aku sedang belajar di kamarku, ketika teman sekamarku masuk memberitahukan, ” Ada seorang penduduk dusun menunggumu di luar sana!”

Mengapa ada seorang penduduk dusun mencariku? aku berjalan keluar, dan melihat adikku dari jauh, seluruh badannya kotor.. Aku menanyakannya,”Mengapa kamu tidak bilang pada temanku kamu adalah adikku?”

Dia tersenyum dan menjawab, ”Lihat bagaimana penampilanku.. Apa yang akan mereka pikir jika mereka tahu aku adalah adikmu? Apa mereka tidak akan mentertawakanmu?”

Aku merasa terenyuh dan airmata memenuhi mataku.. Aku menyapu debu-debu dari badan adikku dan sambil tersekat aku berkata ”Aku tidak peduli omongan siapapun! Kamu adalah adikku apapun juga Kamu adalah adikku bagaimanapun penampilanmu..”

Dari sakunya, ia mengeluarkan sebuah jepit rambut berbentuk kupu-kupu.. Ia memakaikannya kepadaku dan terus menjelaskan, ”Saya melihat semua gadis kota memakainya. Jadi saya pikir kakak harus memilikinya..”

Aku tidak dapat menahan diri lebih lama lagi.. Menariknya ke dalam pelukanku dan menangis.. Tahun itu ia berusia 20 dan aku 23..

Pertama kali aku membawa teman-teman kuliahku ke rumahku, kaca jendela yang pecah telah diganti dan semuanya kelihatan bersih.. Setelah teman-temanku pulang, aku menari seperti gadis kecil di depan ibuku.. ”Bu, ibu tidak perlu menghabiskan banyak waktu untuk membersihkan rumah kita".

Tetapi katanya sambil tersenyum ”Itu adalah pekerjaan adikmu, dia pulang lebih awal untuk membersihkan rumah ini.. Tidakkkah kamu melihat luka ditangannya? Ia terluka ketika memasang kaca jendela baru itu.."

Aku masuk ke dalam ruangan kecil adikku.. Melihat mukanya yang kurus , seratus jarum terasa menusuk hatiku.. Aku mengoleskan sedikit salep pada lukanya dan membalut lukanya.. ”Apakah sakit?"

”Tidak kok Kak.. Aku biasa kena batu-batu kak..” Ditengah kalimatnya aku membalikan punggungku karena air mata mulai menggenang dimataku.. Tahun itu adikku 23 tahun dan aku berusia 26 tahun..

Ketika aku menikah, aku tinggal di kota.. Aku berkali-kali mengundang orangtuaku datang dan tinggal dirumahku, tetapi mereka tidak pernah mau.. Mereka sudah merasa dibesarkan di dusun dan tidak tahu harus berbuat apa kalau seandainya keluar dari dusun.. Adikku juga mengatakan ”Kak jagalah mertuamu saja, saya yang akan menjaga ibu dan ayah disini..”
Suamiku menjadi direktur pabrik.. Kami menginginkan adiku kerja di pabrik, akan tetapi adiku tak pernah mau, dia ingin tetap menjaga ayah ibu..

Suatu hari adiku jatuh dari sebuah tangga untuk memperbaiki kabel, ketika dia terkena sengatan listrik dan dia masuk ke rumah sakit.. Aku dan suamiku menjenguknya, dan melihat gips putih dikakinya.. Aku berkata ”Mengapa kamu menolak kerja menjadi manajer pabrik di tempat kakakmu.. Coba kalau kau terima, tentu kamu tidak akan mengalami seperti ini..”

Dengan tanpang serius dia menjawab ”Kak, pikirkan nama baik kakak ipar kak.. Ia baru saja menjadi Direktur, sedangkan saya tidak berpendidikan, nanti apa kata orang kalau saya menjadi manajer? Kasihan kakak ipar.."

Mata suamiku dipenuhi airmata, dan kemudian aku berkata ” Tapi kamu kurang berpendidikan itu juga karena aku, kakakmu.."

"Mengapa kakak membicarakan masa lalu?” Adikku menggenggam tanganku.. Tahun itu ia berusia 26 tahun dan aku 29 tahun..

Adikku kemudian menikahi seorang gadis pada usia 30 tahun.. Dalam acara itu pembawa acara perayaan bertanya kepadanya, ”Siapa yang paling kamu hormati dan kasihi?” Tanpa berpikir panjang adikku menjawab ”Kakakku.."

Ia melanjutkan dengan menceritakan kembali sebuah kisah yang bahkan tidak dapat kuingat lagi.. ”Ketika kami sekolah SD.. Saya dan kakakku sekolah SD di tempat yang cukup jauh dari tempat tinggal kami, di sebuah dusun yang berbeda.. Setiap hari aku dan kakakku berjalan selama kurang lebih dua jam untuk pergi dan pulang ke sekolah.. Suatu hari aku kehilangan satu sarung tanganku.. Kakakku memberikan satu dari kepunyaannya.. Ia hanya memakai sebuah sarung tangan di tangannya, padahal kami berjalan sangat jauh dan cuaca sedang musim sangat dingin.. Ketika kami tiba dirumah, tangan kakakku begitu gemetaran, sehingga ketika makan dia tidak bisa memegang sendoknya.. Sejak hari itu aku bersumpah, selama saya masih hidup aku akan menjaga kakakku dan aku akan selalu baik kepadanya.."

Tepuk tangan membanjiri ruangan itu.. Semua tamu memalingkan perhatiannya kepadaku.. Kemudian kata-kata begitu susah keluar dari bibirku, ”Dalam hidupku.. orang yang paling berjasa padaku adalah adikku.. orang yang paling aku berterima kasih adalah adikku.."

Dan dalam kesempatan yang paling berbahagia itu.. di depan kerumunan perayaan itu.. air mata bercucuran turun dari wajahku seperti sungai..

Teruslah mencintai dan mengasihi..
Nabi shalallaahu 'alaihi wa sallam bersabda:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يُوَقِّرْ الْكَبِيرَ وَيَرْحَمْ الصَّغِيرَ
"Tidaklah termasuk golonganku orang yang tidak menghormati yang lebih tua dan tidak menyayangi yang muda..
(Shahih Shahihul Jami’ no. 5445, diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ath-Thabrani dari Ibnu Abbas)

Teruslah berbagi, sekecil apapun bentuknya..
Rasulullah saw bersabda, " Khoirunnaasi anfa'uhum linnaas” "Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi manusia lainnya.." (HR Daruquthni)

Saturday, January 1, 2011

pesan org tua..

Pesanan terbaik dari seorang rakan..

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui..
Baru2 ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya.. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau..

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam.. Orangnya sudah berumur.. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan.. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga.. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul..

Pertama, kata beliau surah Al-Fatihah.. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul.. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik..

Kedua Surah Al-Ikhlas.. Surah ini, katanya surah tauhid.. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya.. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas..

Ketiga surah Al-Kafirun, kata pak cik.. Bahagian ini, menarik sikit.. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi.. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu.. Sebab dalam zaman globalisasi, anak2 mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana..

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik.. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia ''sedar''untukmu agamamu, untukku agamaku.. Betul juga fikir saya.. Kemudian pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang.. Orang Islam, katanya mesti ada tiga kekuatan..

Pertama, kekuatan minda..
Minda, kata pak cik ialah ilmu.. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup..


Kedua, kekuatan hati..
Hati ialah iman, kata pak cik.. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa.. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul.. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik..

Ketiga, kekuatan fizikal..
Pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik.. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal.. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang katanya..

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.. Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu.. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..

Iqra'..!
Take a break.. meditate.. 3 minutes & calm your mind.. Recite 3x :

1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa'',
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat'',
3. ''Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan'',
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya"..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this